Nasi Kerabu Biru Yang Membangkit Selera

Nasi Kerabu Biru Yang Membangkit Selera


ASSALAMUALAIKUM dan salam sabtu jugak happy weekend yang panjang untuk semua nya, rasa nya weekend ni mesti ramai yang bertumpu kat kedai makan kan, biasa lah kalau cuti-cuti gini mesti nak bawak anak-anak makan luar, kecuali lah orang macam kak noor yang tak suka makan luar, mesti nak masak kat rumah, sebab BIG BOSS memang tak suka makan luar, walaupun sekadar sambal belacan dan ulam dirumah lebih sedap kata nya hahaha, kembang tukang masak sorang ni kan... pagi ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi kerabu yang terlalu banyak songeh nya tapi sedap nya berbaloiii dengan kesongehan nya tu...




Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula dan sedikit lada hitam

Goreng kelapa dan semua bahan didalam kuali, sentiasa kacau supaya tidak hangit. Tumbuk bahan goreng tadi kalau perlu, kalau nak cepat tak tumbuk pun ok jugak, campurkan garam dan gula dan lada hitam.
Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar 
 Ayam goreng 
Keropok atau keropok lekor
Solok lada

Solok lada
Bahan nya
Beberapa biji lada merah atau hijau dibuang biji
1/2 cawan kelapa parut
3 ekor ikan kembung ambik isi
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili padi 
sedikit lada hitam
garam dan gula secukupnya

Cara nya
Tumbuk semua bahan - bahan kecuali cili besar, rasa lah ikut kesesuaian keluarga masing-masing, sumbatkan bahan tumbuk didalam lada besar tadi dan kukus lah sehingga masak

Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman, sambal kelapa, kuah tumis, budu dan sambal.Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, dan solok lada.
Nasi kerabu Kelantan sedia untuk di santap.


SELAMAT MENCUBA PADA YANG BELUM PERNAH CUBA.
SERIUS Kak noor cakap memang banyak songeh nasi kerabu ni, macam2 benda kena buat, itulah kalau kaknoor nak makan nasi kerabu ni, kuah tumis dan solod lada kaknoor memang sediakan awal, letak dalam frezer sehari sebelum nak ada menu nasi kerabu ni . Kalau tak memang lenguh kaki di dapur ber jam jam...

23 comments:

  1. Hari ni hari sabtu Kak Noor... Patutnya menu ni jadi Nasi Kesabtu... Kalu tak abis... Simpan utk esok... Jadi Nasi Keahad... Gurau je Kak Noor... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha lawak lah SS nanti kaknoor buat nasi kesabtu pulak nanti adoiiii tersengih2 kaknoor mnulis ni SS :) :) :)

      Delete
    2. Bab bagi nama ni memang SS terer...hehe.bukan takat nama orang, nama nasi pun boleh...

      Delete
  2. terus bangkit selera wana tengok nasi kerabu kak noor tu..erm, lamanya x makan nasi kerabu..susah nak dapat la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lama tk makan sesekali makan ni mesti bertambah2 Wana, tulah bahaya jugak ni kan

      Delete
  3. aiiihhh keliatan sedap kak noor. Apalagi pelengkapnya banyak gitu. menggiurkann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelengkap nasi kerabu mmg banyak bangat Rina, itulah kena tunggu mood rajin baru bisa masak nasi kerabu ni

      Delete
  4. Assalamualaikum k.noor..aduh mengugat keimanan sungguh...lama x mkn nasi kerabu nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam Umie yalah macma berjanji nasi yg sedap hari ni kan, mmg lama jugak tak makan tunggu mood rajin baru dpt buat ni

      Delete
  5. saya tak berapa minat dengan nasi kerabu. pernah beberapa kali beli kat bazaar ramadhan di bayan baru, penang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe tak sedap kot INsan Marhain nasi kerabu kat Bayan baru tu hahaha

      Delete
  6. sedapnya nasi kerabu kak noor buat tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali makan mmg sedap syikin, thanks sudi kunjung balas sini..

      Delete
  7. saya cuma tahu mkn je . rupanya byk juga yg nak kena buat . sambal kelapa ada ikan rupanya ... klu kat kg bl la dpt bhn ulaman tu kat belakang umah je ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg banyak sngt step by step dia Cetusan MInda,hanya org yg sabar saja dpt buat nihehee, kaknoor pun ada tanam jugak ulaman kat rumah so petik je

      Delete
  8. Sedapnya...kalah orang klate punya nasi kerabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kelantan punya nasi kerabu kalah oran gkedah punya kan cheqda

      Delete
  9. sedapnya! hehehehe...kalau buat sendiri mmg lg puas makan! :D

    ReplyDelete
  10. nasik kerabu...kalau sy mkn...tolak semua sayurnyeee....hahahaha...tp sy suka solok lada dan kelapa dia tuhhhh....sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna makan sayur bagus tau !!! kenapa U tolak,mmg dari kecik tak makan sayor kot ni...

      Delete
  11. betul Sally puas makan berkali2 dan sukahati jugak nak masak lauk sendiri kan..

    ReplyDelete
  12. Ada perencah nasi kerabu nih kak noor.. dalam pek tu ada pewarna biru, kelapa, isi ikan macam serunding tu dan budu.. Eyda pernah cuba, sedap.. anak2 pun suka..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home