Pekasam Tetap Memikat Selera

Pekasam Tetap Memikat Selera


Menu tengahari yang simple dimple hari ni, nasi goreng dobo-dobo dengan pekasam, rezeki hari ni, asalkan kenyang je kan, hari minggu hari bersantai-santai tak payah berlama-lama di dapur, ya tak??
Pekasam ni pun dari kampong di Kedah mari masa balik kampong bulan disember 2014, nak kuar town? malas nak beramai-ramai kat kedai, panjang jem di jalan, lebih baik kat rumah santai-santai ber blog/fb/ig/wa dengan rakan-rakan.


Pekasam memang wangi sangat pada yang suka, bila sedang menggoreng tu macam nak makan nasi masa tu jugak, tapi pada yang tak suka pekasam ni memang diaorang akan cakap busuk, tapi bagi kaknoor ini lah lauk yang paling untuk menghabiskan nasi se peyok..



Pekasam sesuai di buat dengan ikan air tawar atau ikan sungai, tapi yang susah sangat masa ni nak dapatkan ikan air tawar tu, tak susah sebenarnya buat pekasam, hanya goreng beras sehingga keperangan, kisar, dan lumurkan pada ikan sungai yang telah di bersihkan, di lapis dengan garam kasar, tutup bekas pekasan rapat, perap seminggu, bila dah masam dah boleh goreng. Untuk tahan lama kena letak dalam petiais lah, nak makan anytime goreng je kan..


14 comments:

  1. Fuh sedapnya..mkn dgn nasi panas memang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap sngt tk payah lauk lain pun ok ni just pekasam dan kalau ada sambal bacan dah perfect menu kannn didie

      Delete
  2. sama lak dengan entri ana semalam kak noor, kisah si ikan pekasam, maaf lambat kunjung balas, ana follow disini #143.. :) terima kasih sering ke anajingga.

    ReplyDelete
  3. oh tidakkkkk...jauh kan dari yan... :-P

    ReplyDelete
  4. Alamak..terliur..lm dh x mkn pekasam..
    Kunjung blas dan follow kt cni..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak noor pekena plak dengan nasi panas...

    ReplyDelete
  6. tengok gambar je dah terus rasa sedap :)

    ReplyDelete
  7. sedappppp.suka sangat ikan pekasam.ini menu favourite suami masa bulan puasa.pagi2 sahur memang semerbak bau ikan pekasam.hihi.

    ReplyDelete
  8. Keluaq ayaq liuq tengok pekasam..hihi

    ReplyDelete
  9. nk buat ikan pekasam ni pun mesti ada skill kan kak Nor..pernah mkn rasanya masin...sepatunya masam lah kan..in masin mmg x leh telan..buang je

    ReplyDelete
  10. Terliur saya dibuatnya. Lama dah tak makan pekasam.

    ReplyDelete
  11. Betul KN....tak payah le lauk ayam seekor tak pun udang galah butter, dapat ikan pekasam ni mmg boleh nasi seperiuk habis kena kerjakan kita hihi....Ni pun OKje suka jugak KN hihi....udah macamana ni? Tak de yg tak suka!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home