Pisang Bersalut Ubikayu Rona Roni

Pisang Bersalut Ubikayu Rona Roni


Selamat malam semua nya, sesudah dinner memang mencari yang manis-manis, akibat dinner pukul 5.30 petang lah ni kan, tapi memang dah biasa dinner awal, kalau lambat memang perut berkeroncong, masa ni sesudah isyak di Brunei Darussalam, dah agak santai sikit, jom ngopi lah lagi dengan ubikayu gulung pisang ni, lebihan ubikayu lopes dua tiga hari lepas ni. Dah pandai menggulung ni semua nya kaknoor nak gulung hahaha, tadi nasi lemak gulung, malam ni ubikayu gulung pulak, jangan boring tau tengok kaknoor asyik menggulunggggggg tak habis-habis...







BAHAN NYA
650 gm parutan ubikayu
100 gm kelapa muda parut
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
3 biji pisang tanduk/pisang nangka
100 gm parutan kelapa + sedikit garam dikukus sekejab untuk salutan
pewarna kegemaran
secukupnya daun pisang untuk menggulung

CARA NYA
1.  Kukus pisang bersama kulit sebentar, biarkan sejuk, buka kulitnya.
2.  Satukan ubikayu, kelapa muda, gula pasir dan garam, gaul rata.
3.  Warnakan ikut kegemaran sendiri.
4.  Ratakan 3-4 sudu di atas daun pisang yang telah dilayur, letakkan pisang di tengahnya dan gulung dengan menggerakkan daun pisang ke depan seperti menggulung sushi.
5.  Gulung dengan padat dan sematkan dengan lidi di kedua hujungnya.
6.  Kukus dengan api yang besar selama 15-20 minit.
7.  Angkat dan keluarkan daun pisang dan golekkan di atas kelapa parut.
8.  Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik.
9.  Kuih pisang gulung ubikayu ala sushi sedia untuk di hidangkan.




Budak-budak sekarang ni mungkin tak suka snagat dengan ubikayu ni, diaorang lebih suka kentang, tapi bagi orang - orang lama ubikayu memang the best in the world haha...

13 comments:

  1. colourful..sedapnya..ubi kayu + pisang + kelapa parut..

    ReplyDelete
  2. sedap nampaknya kak noor.. mengamit gamit nak try hehehe.. gulung je lah kk noor janji sedap hehehe

    ReplyDelete
  3. nampak cantik dan menyelerakan, terernya kak noor! :D

    ReplyDelete
  4. Yummyyy!!! Tak pernah nampak kuih ni lagi...mcm kuih apam pun ye..hihi

    warna-warni :)

    ReplyDelete
  5. salam singgah kak noor. gigihnya kak nor buat kuih ni.. colorful sungguh. cantik ..kalo makan lagi2 colorful hiii

    ReplyDelete
  6. salam syg kak nor.
    selute rajinn betul mak tok..color2 lagi..zila x pernh mkn kuih nie kak..teringinnye nk merasa..mesti sedap neh.ada ubi kt lapisan luar..cuba mmbygkn rasanye..

    ReplyDelete
  7. tema gulung menggulung ye mggu ni k noor :)

    alahai pisang bersalut ubikayu rona roni, rupamu secantik namamu...mesti rasanya sedap juga *nyum2*

    ReplyDelete
  8. sedapnya kak noor..terliur acik tengok.

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak noor..terliur acik tengok.

    ReplyDelete
  10. gulung je kak Noor ..x pe kak Noor rajin masak..untung suami dan anak2 hari2 leh mkn resipi baru

    ReplyDelete
  11. Anak-anak tukang kebun sekarang dah lebih suka ubi kayu dari ubi kentang sejak balik tanahair.
    Dulu potato mama budak ni tanam jadi fresh. Ataupun jual kat OZ dulu memang fresh.
    Sekarang ni kalau kentang import ke Malaysia diorang tak gemar.
    Lebih prefer makan Malaysia fries ubi kayu dah anak-anak ni.
    Sebenarnya spoil sebab mama dia kerjaya tukang kebun ni asyik sediakan fresh je bak kata neneknya...hehehe...

    Wah teringin gak nak menggulung buat kuih ni KakNoor.
    Tapi cuma pisang nangka je belum masak.
    Kena tunggu dulu masaknya, InsyaAllah bolehlah mencuba.

    ReplyDelete
  12. Zue datang mengunjung, wahh sedap ni.. nak kena belajar buat lah.. hee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home