Pulut Kuning & Rendang Ikan Tongkol

Pulut Kuning & Rendang Ikan Tongkol


Selamat petang semua nya hari ni, disini tak lama lagi dah nak waktu magrib ni, jadi sebelum tu sempat lagi kaknoor mengupdate entry ke2 hari ni, pulut kuning menu hari ni, nak makan pulut ni tak payah nak tunggu ada acara apa-apa kan, rasa nak makan pulut masak je, pernah kaknoor masak pulut ni beberapa bulan lepas tapi menggunakan ayam rendang, kali ni kaknoor sengaja guna ikan tongkol rendang, memang best dua-dua pun asalkan lawan nya pulut ni mesti rendang lah, resepi pun masih sama cuma kaknoor gantikan dengan ikan tongkol yang telah digoreng dahulu, tujuan nya supaya tidak  mudah hancur bila lama-lama di atas api..





RESEPI PULUT KUNING

3 cawan pulut di rendam dalam air yang di letakkan sedikit serbuk kunyit kira-kira 2 jam 
2 cawan santan 
beberapa helai daun pandan
sedikit garam dan gula

CARA NYA

1.  Panaskan kukusan sehingga mendidih.
2.  Letakkan daun pandan sehingga menutupi dasar kukusan, dan masukkan pulut yang telah di tos kan.
3.  Kukus lah lebihkurang 20 minit dan angkat.
4.  Masukkan pulut dalam besen dan tuangkan santan, garam dan sedikit gula, gaul rata.
5.  Kukus semula pulut selama 20 minit lagi sehingga pulut lembut.
6.  Angkat dan pulut sedia di hidangkan bersama rendang ayam.



BAHAN RENDANG
1 ekor ayam sederhana besar di potong 12 potongan.( gantikan dengan ikan tongkol digoreng dulu )
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
1/4 cawan minyak untuk menumis
2 helai daun kunyit

BAHAN MESIN
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

CARA NYA

1.  Panaskan minyak, dan tumis bahan yang dimesin sehingga beraroma. masukkan cili kisar  dan masak sehingga  naik minyak.
2.  Masukan ayam dan  kacau sehingga air ayam kering tuangkan santan.
3.  Masaklah dengan api perlahan dan tambahkan garam dna gula.
4.  Bila dah santan agak kering tambahkan dengan kerisik dan daun kunyit.
5.  Terpulang selera samaada nak rendang yang kering atau yang agak berair.
6.  Dah secukup rasa boleh di tutup api dan hidangkan bersama pulut atau nasi putih.


Ada yang teruja tengok rendang ni? JOm makan jom haha
Memang sedap rendang ikan tongkol ni kadang-kadang tu boring sangat dok makan ayam daging segala kan tukar selera ke rendang ikan PUN SODAP....


18 comments:

  1. wah, speselnya menu kak noor..boleh wana datang umah akak tak? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila Wana anytime boleh datang lah sayang!!!

      Delete
  2. asalamualaikum kak..lama tak jengah sni..sedapnya..kuningnya cantik tak pucat :-))

    ReplyDelete
  3. nampak sedap.. dah mlm2 ni terliur pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilalah Amy kejab je licin pulut tu lesap hee

      Delete
  4. sedapnya pulut kuning dengan rendang ..teringat time raya lak hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkyah tunggu raya Wani kit ayg buat dia kan hahaha

      Delete
  5. Cantiknya pulut tu KC.....nampak pulut dia tak kembang ek...
    Ohhh ikan tongkol ni pun faveret OKje tau KN. Tapi jarang sangat buat rendang macam KN buat ni....Alahai mcm sedaplah pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah ni ramai yg suka pulut itulah dok tak dok buat pulut lah pulak kaknoor ni kan, mmg pulut asli Brunei itulh tk kembang tapi lembut

      Delete
  6. kak ruby memang suka pulut, lebih2 lg pulut kuning hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakruby orang melayu mmg tak dpt kalau tak suka pulut, sbb kalau setiap kali raya mmg pulut disediakan kalau belah utara jadi mmg suka sngt pulut ni

      Delete
  7. aduyaii..sy plg xthn tgk pulut kuning...peberet sy nih..sedappnyeee...kak nak tya..pulut tu kena rendam ngn kunyi sbb nk bg dia kaler kuning ke? Ke sbb senang nk kukus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Deanna, rendam dgn kunyit utk bagi kaler kuning dan mudah kembang, tapi pulut ni mmg special sikit pulut brunei jd ia nya tk kembang sangat walaupun kita rendam semalaman dan tetap lembut dan cantik hehee

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home