Roti Belah Tak Bertangkup

Roti Belah Tak Bertangkup


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya.
Weekend yang agak busy, masih lagi dengan tempahan CNY masih belum siap lagi.
INSYA ALLAH hari ni sambung kerja kerja kerja..
Breakfast yang simple dimple kapadia haha jom layan jom!!!!




BAHAN NYA
4 biji bun ( macam bun burger tapi terbelah sikit kat atas tu )
1 biji bawang besar dihiris dadu
1 tin cornbeef yang kecil
cili sos secukupnya
serbuk perasa atau garam secukup nya
sedikit butter atau minyak untuk menumis


CARA NYA
1.  Panaskan mentega, tumiskan bawang besar sehingga wangi, masukkan cornbeef.
2.  Kacau rta tambahkan dengan cili sos, perasa dan boleh tambah cili flakes kalau suka pedas.
3.  Ketepikan inti bila dah masak.
4.  Belah bun tapi jangan putus dan panaskan di microwave atau di kuali biasa.
5.  Isi kan inti di tengah-tengah secukupnya dan bolehlah di hidangkan.
6.  Breakfast roti ni bersama kopi kaw-kaw memang terlajak laris.



Breakfast apa agak-agak adik-adik kak Noor hari ni ya, jom kongsi-kongsi idea untuk esuk lusa tulat?? hahaha ade ke tulat tu, kalau Kedah mari memang familiar perkataan tulat tu hehe..

14 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah pagi kaknor....sedapnya ni kaknor...simple tapi nampak sangat menyelerakan...InsyAllah ada masa nak cuba resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Mar,boleh try yg suka ringan2 mmg sedapp ni

      Delete
  2. as-Salam Kak Noor..
    best tu kalau buat untuk sarapan pagi atau bekal ke tempat kerja..

    ReplyDelete
  3. macam kisah batu belah batu bertangkup pulak kak noor, soft bun yer kak yang selalu orang makan ngan sup tu.

    ReplyDelete
  4. simple n mesti sedap ni.. thanks for idea.. boleh wat esok.. daging dah ada.. nak cari bun aja..

    ReplyDelete
  5. Eh, baru perasan dlm gambar tu ada botol alfalfa.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam hujung minggu...
    K.Noor...nampak sedap dan simple...KN memang jarang makan nasi...selalu ambil roti wholemeal tangkup 2 keping
    dengan kacang panggang dgn telur hancur..

    Nanti bolehlah try yang ni pulak...tq...

    ReplyDelete
  7. sedaaaaapppp. Jika ada makanan seperti ini sulit menolaknya....

    ReplyDelete
  8. pagi kak noor...pagi nie makan cekodok ikan bilis aje kak....

    ReplyDelete
  9. wahh mmg simple betul ni kak noor.. janji sedappp kan

    ReplyDelete
  10. Sedap tu... Kak zai pun makan roti juga tapi ready made cicah dengan butter.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Kak Noor.. Nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Kak Noor.... Selamat pagi...

    Nampak roti tu erus lapaq... nak kena cari brekpes lah macam ni...

    Selamat menyiapkan tempahan...

    ReplyDelete
  13. Ada ada..kat tempat saya biasa guna tulat juga hihih esok lusa tulat langkat.
    Kak Noor, bun ni sangatlah menyelerakan, Ala-ala 'sloppy joe' gitu kan :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home