Salsa Delima Ala Matt Preston

Salsa Delima Ala Matt Preston

Selamat petang dan selamat berhujung minggu semua nya 
Mesti hari ni ramai yang tak masak kat rumah kan, yalah malam minggu mana tau bawa family makan kat luar kan!!!
Petang ni kaknoor nak kongsikan resepi salsa yang kaknoor sekodeng dari buku 
Matt Preston mesti ramai yang kenal dengan Matt ni kan salah seorang juri dalam masterchef Australia, buku ni pun menantu kaknoor beli kan masa dia habiskan Master dia kat Australia tahun lepas, buku masak memang banyak tapiiii hhmmm jarang mencuba, hari ni agak rajin sikitttttttt mencuba resepi dari Matt kebetulan pulak dah ada buah delima.tapi resepi Matt ni kaknoor dah ubah sikit-sikit ikut  selera family lah yang penting ada buah delima tu..




Bahan nya
Buah delima tu semestinya lah, timun, bawang besar, limau nipis, buah tomato, cili padi, buah mangga atau nenas.  Kesemua buah di hiris dadu, masukan dalam besen, perahkan dengan air limau, tambahkan dengan garam dan sedikit gula. Last sekali campurkan buah delima dan  bawang besar,  dan cili, gaul sebati.  Rasa lah ikut kegemaran masing-masing.  Sedap di ratah begitu saja atau dimakan dengan nasi minyakl..





Kak noor tak letak badam seperti yang Matt letak dan cheese tu macam tak sedap je hahaha, kita derhaka sikit ikut selera kita lah, sebab kita yang buat dia kannnnnnnnn...


15 comments:

  1. meriahnya bahan.. like sayur.. terasa mcm kambing..keke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing tak makan salsa kot syida kan haha

      Delete
  2. wow kak nor sedap jugak resepi abang Matt nihh hiii.. warna warni sungguh..wani pon jarang beli buku masakan .. ddah tau haram nak belek :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb dia rona roni tu lah bagi teruja nak cuba ni wani resepi abg Matt ni haha

      Delete
  3. kak noor, kalau cheese putih tu tukar ngan telur rebus baru suka nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea yg bagus tu diana, tak terpikir pulak tadi,kalau letak telur puyuh pun best jugak ni kan

      Delete
  4. Salsa ni macam acar lah kekdahnyer yea k.noor?...
    Sedap ni nampaknyer tu...masam2 manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Bunda acar lah, nak sedap sikit nama nya letak salsa haha
      betul tu masam manis pedas Bunda best meratah ni

      Delete
  5. kalau sy mesti kutip buah delima tuhh....sy penggemar buah delima....hehehehe

    ReplyDelete
  6. Wah kak nor tanya resepi baru...buat kat kg sure ibu cheq da suka

    ReplyDelete
  7. sangat2 menyegarkanlah salsa tu. saya kalau resepi org putih tu cheese tu kadang2 saya skip sebab tak kena dengan tekak melayu ni...

    ReplyDelete
  8. Ohhhh Salsa, Matt panggil....kalau kita ni panggil acar jer yek KN hihi...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home