Sambal Goreng & Ulaman Bersama Sayur Asem

Sambal Goreng & Ulaman Bersama Sayur Asem


ASSALAMUALAIKUM, sessi jamu mata lagi hari ni, selamat bercuti untuk semua lah ya, mesti cuti panjang rakan-rakan dan adik-adik blogger diluar sana kan, bagi kami kat Brunei ni only one day je cuti, di tambah hari jumaat dua hari lah cuti Cny, apa-apa pun tak kisahlah tu,  dimana bumi di pijak di situ langit di junjung betul tak?? jadi terima se adanya .

Berbalik pada menu hari ni, kaknoor nak hidangkan menu kampong je, takde daging ayam segala, hanya sambal goreng dan sayur asem, kedua menu ni ada dalam buku kak noor yang pertama, boleh tengok kat bawah tajuk buku, dan kalau sudi boleh lah cari di book store berhampiran ya, Insya Allah ada kot, mana tau nak simpan buat koleksi, dalam buku ni ada 70 resepi yang mudah dan simple.



Ulaman tu terpulang fav masing-masing lah apa saja pun ok je..
Didalam gambar ada jantung pisang, petai, kacang botor dan daun selom.


Ada tak yang teruja tengok petai tu, sayang nya adik-adik semua tak tercium petai ni kan hahaha



Sambal ni kaknoor letak sebijik dua cili scotch bonnet aduss berdesing telinga makan ni..



Sayur asem ni kurang bahan sikit, terpulang jugak pada sayur kegemaran untuk buat sayur asem, tapi yang wajib nya mesti ada jagung, yang lain tu sendiri punya taste lah..



Ini resepi dalam buku pertama kaknoor, mesti boleh baca kan, dah malas nak tulis snap je hehe




Ini lah buku kaknoor yang pertama bersama karangkraf yang di terbitkan pada bulan Mac tahun 2014 Kompilasi Masakan Tengahari,  dan pada bulan September 2014 buku kedua menyusul iaitu 
Resipi Blogger. Pada yang belum tau boleh tengok disebelah kiri buku Resipi Blogger ni ya.
Pada yang sudi boleh lah dapatkan nya, dan try masak, kalau sedap bagitau kaknoor tau, dan kalau tak sedap tu diam-diam aje lah haha...


12 comments:

  1. Saya tak berapa gemar gulai asem tapi lain pula dengan ibu_suri.

    untunglah Brunei bercuti hari jumaat, ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boring2 sayur tumis sayur asem the best IM :) sama selera dgn ibu suri hehe
      Brunei cuti jumaat dan ahad

      Delete
  2. Replies
    1. sangat sedap SS menambah jantung yg sedia ada hehehee

      Delete
  3. Aduhhhh...makan betambah tambah klau lauk gini kak...mmg jamu mata btul ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkdpt disangkal syifa selera kampong menawan kalbu nasik terpaksa masak lebihhh

      Delete
  4. ada juga buku ini.. nanati boleh try masak.. nampak semua menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nina sudi beli buku kaknoor ya mesti try tau lepas ni..

      Delete
  5. Ohhh tak pernah Cuba sayur asem ada jagung menariklah.
    Asyik lupa nak tanam jagung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba try Diana sedap sayur asem pada selera kaknoor lah asem dan pedas tambahan ada jagung, laris jagung dulu dari sayur lain, esuk lusa jgn lupa tanam jagung tau

      Delete
  6. menggiurkan semua makanan kak noor...baru tau kak noor dah keluarkan buku resipi...tahniah kak noor...

    ReplyDelete
  7. teringin lak nak rasa sambal tu kak....meyelerakan betul laaa...terutama bila akak ckp pedas..lagi laa sy suka...hihihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home