Baked Potatoes With Cheddar Cheese

Baked Potatoes With Cheddar Cheese


Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua nya.  Hari isnin yang biasa-biasa saja, menu pagi ni agak simple dan cepat di sediakan. Sebab kadang-kadang kita beli kentang banyak, lepas tu takde menu pulak utk masak kentang, bila takda kentang, macam-macam menu berligar di kepala ni, last-last nya rebus dan buat macam ni, walaupun simple tapi sangat laris dimakan oleh budak-budak kat umah sebab ada cheese memang cepat je hilang, cara nak buat simple sangat jom tengok!!





Bahan nya
3 biji kentang US ( yang hitam dan besar ) sebab lebih lembut
sedikit english herbs, rosemary, oregano, basil
sedikit chili flakes
garam dan sedikit gula secukup rasa
cheddar secukupnya di parut

Cara nya
Kentang di bersihkan kulit nya, kalau perlu berus lah sikit bagi hilang kotoran, tapi guna berus yg sesuai lah ya.  Kemudian rebus 3/4 masak.  Potong bentuk wedges.  Gaulkan dengan segala herbs garam, gula dan chili.  Perap dalam 1/2 jam kemudian taburkan cheedar cheese di atas nya dan panggang lah sehingga kekuningan lebihkurang 15 minit sehingga cheese cair. Sedap dimakan panas- panas sebagai breakfast, atau bila-bila saja teringin lah kan...



Amacam ok tak?? Kalau dah ada kentang kat umah boleh try, mana tau ada yang dah tumbuh tak tau nak buat apa, cuci bersih-bersih dan rebus ok buat macam ni gerenti sedappp..

15 comments:

  1. salam singgah
    haah mmg let's masak tu best je

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi
    nampak sedap

    ReplyDelete
  3. mmddappnya!..SB ntah bila lagi nak masak benda chezzy-chezzy ni..

    ReplyDelete
  4. adehh besnya kak nor.. nak try wat gak le..

    ReplyDelete
  5. Alahai Kak Noor memanglah sedap kalau dah kena air-tangan Kak Noor yg superb tu:)

    ReplyDelete
  6. eh eh mana tahu kentang dah tumbuh nie...huhuhu..betul tu kak...tak der kentang
    .mcm2 nak buat..bila dah beli ..tak terusik..bergolek2 dalam bekas tu :-))

    ReplyDelete
  7. SEDAP KENTANG DIPANGGANG GINI..

    ReplyDelete
  8. sedapnya.. nak buatlah jap gi.. tapi kentang GI tggi.. i tgh diet ni..hahaha,,cheese lagi.. tergugat iman

    ReplyDelete
  9. my favorite kind of comfort food, potatoes, with cheese

    ReplyDelete
  10. Cheddar cheese nya dah ada . kena cari kentang lah pulak. Telan airliur dah ni...

    ReplyDelete
  11. CT.. kasilah kentang lenyek saja dengan garam pun CT bedal..
    janji kentang.. aaa terseksa jiwaku lagi..

    ReplyDelete
  12. Assalam kak noor,
    ish3
    hat ni nak buat la weekend ni he3
    my boboboy peberet dia cheese & potato :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home