Coq Udang Dan Kuah Kacang Menu Breakfast

Coq Udang Dan Kuah Kacang Menu Breakfast

 ASSALAMAULAIKUM
Salam manis dari kaknoor untuk semua nya.
Mesti dah sarapan semua kan hari ni, kaknoor baru dapat masuk ofis maya ni, dengan membawa sarapan coq udang dengan kuah kacang versi utara mari.  Biasa nya orang utara, istimewa Kedah dan Penang selalu nya kalau ada coq udang ni pasti ada kawan nya kuah kacang, kalau sekadar cicah sos saja tak main lah orang utara kan terlebih rajin hahaaha kannn, takde orang puji sendiri masuk bakul sendiri jugak yang naik haha...





BAHAN NYA
2 cawan tepung gandum
20 ekor udang dibersihkan *nak kurang atau lebih terpulang pada kolestrol masing-masing ya
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah 
sedikit daun kucai atau daun bawang di hiris panjang 1"
sedikit serbuk kunyit
sedikit baking powder
sedikit baking soda 
sedikit cili flakes
air secukupnya
minyak untuk menggoreng,garam dan gula sikit

Campurkan kesemua bahan-bahan  dan agak-agak lah bancuhan tu, biar agak kental sikit, jangan terlalu cair, untuk meranggupkan cucur udang tu semasa minyak sedang panas tu, masukan sesudu minyak panas dalam bancuhan, dan gaulkan biarkan rata baru digorengkan dengan menggunakan sudu atau senduk terpulang lah, sehingga kekuningan dan agak  memang sedaplah kalau time panas-panas tu dihidangkan, apa lagi di gandingkan dengan secawan kopi kaw-kaw punya terbaikkk lah.






Kuah Satay

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air. 

Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.

Apabila sudah naik minyak, masukkan kacangc yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air. 

Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit. 


Close up sikit coq udang giant ni ada tak yang terharu tengok ni!!!
Happy breakfast jom!


10 comments:

  1. Replies
    1. memang lazat dan sedap sbb udangnya beso hahah

      Delete
  2. Assala mak tok...coq udang ni tak kira wat bf ka minum ptg ka sedap sentiasa.Menarik sgguh udang tu posing..huna udang besaq2 camni lagi laaa sedapppp

    ReplyDelete
  3. coq udang plak... nyummmm... beli pndai lah buatnya..krikk..krikk..

    ReplyDelete
  4. Sy org perak kak...tp dah belah2 utara tu...sempadan peneng dah...pun mkn cicah kuah kacang...sedap noo... :)

    ReplyDelete
  5. coq udang cicah kuah sate terbaik noor.

    ReplyDelete
  6. Lama tak pekena coq udang... tengok coq udang kak noor petang hari ni.. dah terliuq cheq neee :)

    ReplyDelete
  7. alaaaa.....kak...meleleh air liur...ni makanan kegemaran sy ni..blik ni nak singgah kedai laa carik heheheh

    ReplyDelete
  8. Aduhhh saje je tayang udang tau. Hihi. Feveret Ros la kak Noor

    ReplyDelete
  9. Ni yang rasa macam nak bawak pinggan tunggu depan rumah Kak Noor ni....gebunya!!!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home