Cornflakes Pedas Bermadu Dengan Kacang & Bilis Panggang

Cornflakes Pedas Bermadu Dengan Kacang & Bilis Panggang


Selamat malam dan happy weekend untuk semua nya yang masih sudi singgah disini, walaupun balik tangan kosong je, tak kisah lah tu asalkan berziarah maktok ni hahaha, petang ni nak tayang cornflakes madu yang sangat sedap dan ranggup .
Jom Layan Jom!!!




Bahan2nya
1 kotak nestle cornflakes
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering kisar * nak lebih pedas boleh tambah
2 sudu butter or planta
4 sudu honey *lebih tu boleh tapi akan terlalu  melekat cornflakes tu
sedikit bijan goreng tanpa minyak
sedikit ikan bilis dipanggang dlm oven supaya ranggup
apa sja kekacang kesukaan yang sudah dipanggang.

Cara nya
Panaskan planta atau butter dalam kuali  yang besar kemudian tumiskan bahan tumbuk biar agak garing dan wangi,masukan cili kisar dan kacau lagi biar pecah minyak,kak Noor  tak masukan garam sebab benda2 sampingan tu dah masin ,elok guna api yang sederhana supaya tak "terbersin" nanti ,masukan madu dan kacau lah sampai berbuih dan kering air cili tu tutup api
masukan cornflakes,bilis,kekacang,bijan dan gaul rata biar sebati
kalau untuk hidangan hariraya ke majlis kecil2 tu akak suka masukan dalam cup kertas kecil lepas tu panaskan dalam oven agak2 10 ke 15 minit untuk mengeraskan cornflakes ni bila kita makan tak lah terjatuh2 senang je masuk mulut lagi pun lebih sedap cornflakes ni akan lebih ranggup bila dia sejuk lepas daripada oven tu..
tapi kalau malas dah boleh makan lepas digaul tadi tu ok



Selamat menjamu mata sekali lagi ya, benda senang ni siapa pun boleh buat, tak payah tunggu nak raya je kita makan cornflakes ni kan, sekarang ni pun boleh bah...


16 comments:

  1. Ini budak2 mmg suka ni kak...ngap ngap sambil tgk tv...mmg x sedar fah bnyk yg di makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah syifa, tak sampai 2 hari kalau sekotak conflakes tu hahaaha hebat kan selera budak2 di rumah ni

      Delete
  2. CORNFLAKE RANGUP GINI MMG SEDAP SDG FIKIR NK SEDIAKAN RAYA NANTI INSYAALLAH...TQ KONGSI RESEPI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sedap dear Paridah cepat laris kalau buat gini..

      Delete
  3. nak jumpa buat ..sambalnya sama mcm popia aritu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama yan sambal nya boleh jugak utk popia, utk kentang, ubikayu dan yg sewaktu dengan nya lah...

      Delete
  4. dah lama kak norr x buat ..dok terbayang2 ni dah hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah terbayang mesti kena buat lah wani kang gila bayang pulak hahhaa

      Delete
  5. Assalam Kak Nor..

    sedap nih kak..kalau raya kat Swk..yg ni paling laku atas meja berbanding dengan kek lapis or biskut raya...nak2 kalau ade bilis lebih..silap2 bilis yang licin dulu sbb kene pilih2..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumussalm Jul, betul sama jugak dgn kat brunei yg ni lah yg dicari oleh orang tua dan kanak2 disamping kek tapak kuda kannn

      Delete
  6. Hmmm...sedap buat kudapan depan tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekotak cornflakes boleh habis sehari semalam kalau dok depan tv cheqda

      Delete
  7. Lya pun nak try la Kak mudah ni

    ReplyDelete
  8. Saya kalau dapat ni, kak...sekejap je habis nih!

    ReplyDelete
  9. Kak, gaul sambal dgn cornflakes tu time panas ke @ tunggu sambal tu sejuk dlu?

    ReplyDelete
  10. Gaul time panas sayang sbb kalau tunggu sejuk sambal nya akan pekat dan keras susah nak bersalut nnt

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home