Homemade Mashed Potato Lebih Selamat & Pastinya Sedap

Homemade Mashed Potato Lebih Selamat & Pastinya Sedap


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk adik-adik kaknoor yang selalu saja singgah kat sini ambik bau makanan, walaupun taklah sesedap mana tapi oklah sekadar untuk jamu mata, sebenarnya kalau yang simple lagi best lagi mudah dan semestinya lagi sedap kan, tengok lah 
Mashed Potato ni teruja tak tengok!!! 

Resepi ni memang selalu kaknoor buat, memang sedap di gandingkan dengan sos lada hitam tu, boleh cuba kalau tak percaya...






Kentang Putar
Bahan-bahan:

§  10 biji kentang Us dipotong kiub( kentang yang besar & agak hitam )
§  1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
§  ½ cawan fresh milk
§  1 sudu mentega
§  1 kiub ayam
§  Garam secukup rasa


Cara membuat:

1.    Rebus kentang dengan sedikit garam, dah empuk toskan dan tumbuk atau lenyek lah kentang sampai hancur.
2.    Boleh jugak gunakan hand mixer dan putar supaya lebih halus.
3.    Masukan sedikit garam, lada hitam dan susu dan mentega kedalam kentang tadi dan putar sampai sebati.
4.    Masukan kentang dalam acuan bulat dan terapkan lebih cantik ada bentuk daripada letakkan kentang gitu saja.
5.    Bolehlah dimakan dengan sos lada hitam.

Bahan- bahan sos lada hitam

½ biji bawang besar di potong kasar
1 batang leek di potong kasar
1 sudu planta
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap manis
½ sudu besar lada hitam tumbuk
1 sudu tepung gandum

Cara nya
1.    Rebus bawang besar dengan leek bersama ¾ cawan air
2.    Biarkan mendidih selama 15 minit, angkat dan tos kan.
3.    Ambil air rebusan masak lagi sekali, campurkan dengan planta, sos tiram, kicap, lada hitam dan tepung gandum.
4.    Perasa kan dengan garam dan tapis lagi sekali supaya lebih licin sos dan halus.


Sesekali apa salah nya kita buat sendiri mashed potato ni, daripada asyik dok makan di restoren segera saja, sedikitttt sangat kan, kalau buat lebih banyak dan boleh ulang-ulang makan, anak-anak kaknoor memang suka sangat mashed ni..

SELAMAT MENCUBA PADA YANG SEDANG RAJIN TU YA
HAPPY COOKING!!!


15 comments:

  1. Cantiknya Kak Noor buat. Macam moon-cake tersusun rapi:)

    ReplyDelete
  2. kak noor meleleh air tengok tu.. nak cuba jugak ;)

    ReplyDelete
  3. sedapnya..macam kntang putar kfc...ada masa nak cuba lah...jimat sikit..

    ReplyDelete
  4. memang suka kentang putar, buatnya pon senang:)

    ReplyDelete
  5. Tangan k.noor kalau dah kreatif...buat apa pun menjadi...kan! Cntikkkk kemas je nmpknya...

    ReplyDelete
  6. Aduhaiii kak..cermat dan cantiknya akk buat...tgk gamba jer dah tau..bukan main sedappppp lagi ni...

    ReplyDelete
  7. menarik ye kak..nana belum pernah cuba bau mashed potato ni ..
    leh jadi next sajian ni..makan cam tu je pun sedap kan.. :)

    ReplyDelete
  8. kak norr ,, baru terlintas semalam pikir nak buat mashed potato hiii... yumm sedapnya

    ReplyDelete
  9. feberet wana ni kak noor..memang sedap dan suka sangat makan..

    ReplyDelete
  10. Sedap. Ros tak pernah cuba buat sendiri lagi kentang ni. Ni dah ada resepi, boleh cuba ni

    ReplyDelete
  11. assalam kak noor,
    haaaaaaaaaaaaaaaaa
    hat ni iols slalu buat
    si fayyadh soookaaaa he3

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home