Kerepek Seaweed Yang Menggoda

Kerepek Seaweed Yang Menggoda

Selamat petang untuk semua ya, jom santaikan petang ni dengan kerepek seaweed yang ranggup dan menggoda ni, kalau dah makan ni susah nak berenti tau selagi tak habis satu bekas, nak buat pun senang sangat, just letak seaweed  tutup dengan kulit popia, gunting dan goreng!!

Jom krap krap bunyi dia tau!!





BAHAN YANG DI PERLUKAN HANYA

Kulit popia secukupnya
Seaweed yang sudah sedia untuk dimakan
1 biji telur

Cili flakes kalau suka pedas

CARA MEMBUATNYA


1. Pukul telur dengan  sehingga sebati. 
2. Sediakan kulit popia, sapukan telur menggunakan berus keseluruh kulit popia.
3. Susunkan seaweed diatas permukaan kulit popia, taburkan cili flakes sapukan sekali lagi telur di atas kulit popia yang lagi satu, dan lekatkan diatas kulit popia yang ada seaweed tadi. Tekan-tekan bagi rata keseluruhun telur dan kulit popia tadi.  Gunting lah ikut kegemaran masing-masing, tiga segi ke, panjang ke, terpulang selera lah.  Kemudian goreng lah dengan minyak yang banyak guna api yang sederhana, kerana kulit popia mudah hangus dan hitam. Sedia untuk di santap memang sangat sedap jika ada rasa pedas-pedas sikit, sebab yang kurang pedas lambat habis...






Kak Noor kalau buat ni, mesti dua tiga peket kulit popia tu, kalau sepeket gerenti dah tak cukup, tak dapat buat siaran ulangan bila-bila perlu.

Jom ramaikan pages DAPUR KAK NOOR di Fb jom, just klik LIKE je 

13 comments:

  1. Suka kerepek ni tapi kalau beli mahallll. Senang rupanya buat kerepek seaweed ni ye, kak. Nanti nak cuba buatlah,...hmmm kerepek popia madu Kak Noor pun tak cuba buat lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. slow and steady la farah buat, bila ada lapang hehe, kaknoor ni tkde keje lain dok dok makan je hari2 itu lah sbb nya badan pun dahhhh mmmm tst lah kan, yg seaweed tu terpulanglah kalau yg lebar tu cepat sikit buat tapi kalau yg kecik tu lambat lah nak menyusun satu2, mana yg dpt lah farah ya, buat jgn tak buat tau

      Delete
  2. Lupa pula saya nak tanya,.. Kak Noor guna seaweed yang lebar2 tu ye? Ke yang dalam paket kecil, jalur-jalur halus?

    ReplyDelete
  3. Kak noor...meh tukar piring....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah letak kat depan tu cepat isi bekas syifa hahahaaha

      Delete
  4. Kak... kalo 2-3 paket tu alamat berkampunglah saya di dapur kak... tapi time makan benda ni, kejap je kan! Belum pernah cuba buat sendiri kak, belum ada kekuatan... tapi kalo beli memang rasa rugilah sebab mahal... sikit, cepat habis he he hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seaweed tu yg mahal sebenarnya itulah Mie, orang jual mahal, tapi kalau buat sendirio lebih save sikit lah dpt banyak, cuma banyakkkkk lambat jugak membuat nya

      Delete
  5. ala sng sgt...tapi bila nak bt ni...
    klu dkt nak minta le sblg..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor, nasib baik kan jauh sikit hahaha kalau tak mmg sebalang dah pada Nor hehee jgn marah tau, malam2 ni gudnite dear Nor ya..

      Delete
  6. tak pernah makan la kak norr jakun tengok first time hiii

    ReplyDelete
  7. SEAWEED SEDIA SEDAP DGN RESEPI KAKNOOR NI LBH SEDAP LAGI.

    ReplyDelete
  8. Memang tak boleh berhenti kalau makan ni.
    Bolehlah cuba-cuba buat untuk kerepek.
    Terima kasih kongsi bersama.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home