Laksa Johor Kegemaran Seisi Keluarga

Laksa Johor Kegemaran Seisi Keluarga

Selamat petang, sekali lagi kaknoor nak kongsikan resepi petang ni, siapa suka laksa Johor angkat tangan!!!!!!!!!!!!
Hahaha entah lah kaknoor sebenarnya suka sangat dengan laksa Johor, begitu jugak anak-anak, walaupun sebenarnya bukan orang Johor tapi makanan Johor tetap memikat hati ku, walau dimana tinggal pun kalau ada kelapangan mesti nak buat laksa Johor ni...





Bahan-bahan nya untuk kuah

  • 500 gm ikan tenggiri direbus dan diambil isinya ( ikan kembong pun boleh )
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 cawan udang kering kisar halus
Bahan kisar halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • sedikit halia dan lengkuas
  • 1 sudu ketumbar kak Noor goreng kejab dan blend
Bahan untuk kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai di titik
  • daun kesum secukupnya
  • 1 sudu air asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 batang bunga kantan
Bahan tabur
  • 1 batang timun dhiris nipis dan dipotong bulat macam gelang tu
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • limau kasturi atau nipis secukupnya 
  • kacang panjang dihiris kecil
  • taugeh segar secukup nya
  • bunga kantan hiris
  • daun kesum hiris kecil
Cara membuat kuah nya
  • Rebus ikan bersama 6 cawan air dan asam keping hingga mendidih dan empuk,toskan ikan dan asingkan tulang dari isi nya, simpan air rebusan ikan 
  • Kisar isi ikan dengan mencampurkan 2 cawan air rebusan, ketepikan
  • Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi, masukan cili kisar, rempah kari dan kerisik dan masaklah sehingga pecah minyak, gunakan api yang perlahan dan sentiasa dikacau
  • Tambah sedikit air rebusan,masukan isi ikan, ketumbar, udang kering dan tumislah hingga wangi.
  • Masukan kesemua air rebusan dan santan biarkan sehingga kuah mendidih, tambah air jika terlalu pekat
  • Masukan serai, daun kesum dan bunga kantan dan air asam jawa, garam gula dan biarkan merenih lama2 atas api makin lama di renih makin sedap
  • Kak Noor buat sehari awal kalau nak jamu tetamu tapi kalau emergency memang dan dan buat bila teringat nak makan 



Memang agak lambat membuat laksa Johor ni dari kuah nya merangkap ke persedian sampingan lain, kalau ada helper oklah, taklah terasa lambat sangat kerja, tapi kadang-kadang kerja helper taklah memuaskan sangat hehee tengok timun yang di potong agak kasar, tapi dah takde timun lagi gohead aje lah.

Kabar nya kalau original Johor makan laksa ni dengan tangan!!!
Betul ke? kabar nya lah, so kak Noor letak laksa ni dalam pinggan lah, supaya mudah makan dengan tangan, that's why kuah nya mesti pekat dan likat..

Kalau ada yang sudi jom Like Pages Dapur Kak Noor di FB ni jom sebab nak add friend dah tak dapat dah full already, kalau sudi lah ya tiada paksaan..

13 comments:

  1. sedapnya..lapo petang2 ni...saya orang Perak pun dah jatuh cinta dgn laksa johor..

    dulu ada jg buat, memang renyah kalau buat sorang2, tapi hasilnya lumayan, buk..

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi makan laksa johor ni..
    bila tengok senarai bahan, la hai banyaknya..
    bile diteliti baik2 bahan biasa ja.. hehe..tiba2 perut pun berbunyi..

    ReplyDelete
  3. saya bukan orang johor pun dah jatuh cinta dengan laksa johor.

    ReplyDelete
  4. Laksam pun makan dengan tangan jugak kak Noor. Buatlah laksa Sarawak pulak.

    ReplyDelete
  5. Tak nak masak! Nak sepingggaannnnn !!! Hehe..

    ReplyDelete
  6. orang dari negeri takdak laksa ni...pulun dok makan laksa negeri persinggahan...tapi paling suka laksa negeri kak noor.

    ReplyDelete
  7. Sib baiklah ada kedai jual Laksa Johor tak berapa jauh dari rumah. Bolehlah juga meredah ke sana kalau teringin nak makan.

    ReplyDelete
  8. Saya memang dah lama jatuh cinta dgn laksa johor ni.. masa kawan saya masak tahun 1998 , first time mkn kak noor terus jatuh cinta.. lepas tu terus cari tapi kwn saya masak tu memang sedap... Bila saya beli Kat pasar kurang sedap.. nak cuba buat sendiri belum mampu lagi sebab tak de helper ;-)

    ReplyDelete
  9. Assalam..sedapnyer kakkkkkkkkkkkkkkkk...

    dah lama tingin nak makan nihhhh... aritu balik kelantan, mak mentua sibuk..x smpt nak masak....

    ReplyDelete
  10. dilema sungguh masuk blog kak noor ni...air liur meleleh tak berhenti..huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. Laksa johor sedap Kak Noor. Dah hampir 3 tahun Ros bekerja di Johor, laksa ni dah jadi feveret Ros... Tapi laksa penang tetap di hati . Hihi. Laksa Johor ni Ros beli je, belum pernah cuba buat sendiri

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home