Lasagna Resepi Mata Biru Yang Sedap & Pedas

Lasagna Resepi Mata Biru Yang Sedap & Pedas


ASSALAMUALAIKUM dan salam rabu untuk adik-adik blogger semua nya.
Esuk dah nak berangkat ke negeri mata biru, hari ni nak kongsikan resepi mata biru jugak ni, lasagna yang sedap dan pedas, dulu-dulu kaknoor memang tak reti nak makan benda-benda ni semua, tapi sejak anak-anak belajar disinun, dah balik sini minta macam-macam resepi yang mama nya tak pernah buat sebelum ni, terpaksalah merayau ke blog orang sana sini mencari resepi, ikut step by step sebab kan ke orang tua baru belajar kan, tapi kata orang, alah bisa tegal biasa, sekarang ni dah tak payah tengok resepi dah ingat dalam kepala ni sebab dah selalu sangat anak-anak minta buat.  Pada yang belum ingat resepi jom kita semak resepi, nampak saja macam banyak bahan, tapi bila kita dah faham insya allah taklah sebanyak yang di sangka kan pun.




Bahan2nya

  • Kepingan lasagna secukupnya
  • Cheese mozarella pun secukupnya jugak
  • Cheese cheddar kak Noor tak letak  sebab dah mewah dengan cheese mozarella tu
  • Inti ayam * boleh jugak guna daging cincang
Bahan2 inti
  • 1 keping dada ayam dicincang halus
  • 2 biji bawang besar didadu kecil
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 inci halia jugak ditumbuk
  • 1 sudu cili kisar * nak lebih terpulang kak noor letak lebih nak kasi feluh
  • 2 helai daun bay * kak Noor tak guna sbb tkde
  • 1 tin tomato plum * akak guna cili sos 1 cawan
  • 1 sudu rempah kari * akak guna 2 sudu nak pedas banyak
  • 2 sudu tomato puri * akak tak guna sebab dah lebihkan cili sos
  • 1 tin cendawan butang * kak Noor guna mix vege 1 cawan sebab bos tak suka cendawan
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan utk white sos
  • 600ml susu segar
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • secubit garam
Cara membuat inti nya
  • UNTUK INTI : Panaskan sedikit planta kemudian masukan bahan tumbuk dan bawang besar dan tumis sampai layu,masukan rempah kari,cili kisar dan cili sos jugak dada ayam dan mix vege,masak sampai berubah warna masukan garam dan gula dan ketepikan,kalau boleh biarlah inti ni basah jangan terlalu kering..
  • UNTUK WHITE SOS : Panaskan susu bersama tepung kacau dengan whisk jangan sampai berketul masukan sedikit garam dan serbuk lada hitam masak sehingga pekat dengan menggunakan api yang perlahan,angkat dan sejukan.
  • PENYEDIAAN LASAGNA : Panaskan air sehingga mendidih masukan sedikit minyak dan celur kepingan lasagna sehingga lembut,angkat dan letakan di atas dulang yang disapu sedikit minyak masak
  • Sapukan bekas lasagna dengan sedikit mentega dan letakan kepingan lasagna tadi biar memenuhi ruang dasar bekas,sudukan inti ayam or daging diatas lasagna,letakan cheese mozarella dan white sos,lapis lagi dengan kepingan lasagna,inti,cheese mozarella dan white sos dan buatlah sampai habis dan yang terakhir inti dan cheese mozarella ditabur diatas lasagna
  • Bakar pada suhu 150C selama 30 - 35 minit atau sehingga masaklah ya..
  • Pada pencinta pasta memang sedap bangat ni budak2 kat dalam umah kak Noor ni walaupun mata tak biru rambut tak perang tapi kalau pasta posto no 1  sedappppppppp mama tumpang dua kaki..





Jangan tunggu lama-lama untuk buat ni tau, kang lama-lama macam-macam keluar , jom sarapan!!!!agak nya apa lah sarapan adinda-adinda kaknoor hari ni ya...


42 comments:

  1. wah semoga selamt pergi selamat kembali :) selamat bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Idzwa insya allah semoga dalam jugak ber blog disana nanti kalau tak boring tu kan..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. wah kak noor nak bercuti ke happy holiday !!! sedapnya lasagna... tapi tak pernah buat hiii.. jangan lupa berblog2 jugak kat sana... :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ada ruang masa pasti nak berblog walau dimana saja berada Wani...

      Delete
  3. Kak noor nak gi uk lagi....maksud dapur brunei kena off, dapur uk on plak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup diana, dapur brunei off on dapur utk anak2 pulak, yg pasti layan saja apa depa nak makan

      Delete
  4. Replies
    1. Nieza masih dok kecoq dah ni dah petang Nieza haha

      Delete
  5. semoga selamat pergi dan balik...amin....jangan lupa cerita kat blog ye :-)) ....lama ke kali nie akak tengok ank2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn ya robbal alamin yan, insya allah kalau ada waktu boleh lah menulis blog disana
      tak lah lama sngt dalam 10 hari cam tu lah kot

      Delete
  6. semoga berjalan lancar perjalanan yer kak.... tak sabo gak nak dengar cite akak nanti... apa pun lasagna tu pn nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. timakasih mayang ya, sabo ya ni sdg busy packing macking ni

      Delete
  7. suka lagsana ni buat x reti kongsi resepi ya kaknoor..tq

    ReplyDelete
  8. suka lagsana ni buat x reti kongsi resepi ya kaknoor..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah ada resepi boleh lah U buat nanti ya

      Delete
  9. sarapan kek span ngan ESP ja.. hehe..

    ReplyDelete
  10. kak noor, meleleh airmata tgk lasagna ni.. sedu2 rasanya...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sampai air mata pun leleh kah Anne kes berat dah tu haha

      Delete
  11. Biru mata hitam SS nengok menu ni Kak Noor... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha biru ok SS lawa tu,kaknoor pun suka ni..

      Delete
  12. OOOHH tq kak noor, boleh cedok resepi untuk masak hjung minggu nii....terlioq tengokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan sud@is makan ramai2 mesti terlajak laris ni

      Delete
  13. Salam Kak Noor,

    Amboi bukan main lagi nama lasagna mata biru.Saya juga ada resepi lasagna ni tapi macam biasa lah. Peram dulu gambarnya. Ikut mood bila nak update resepi tu haha. Bila tu agaknya nak ke negara mata biru? Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam honey, jgn banyak peram sngt honey nanti lama2 terlebih peram hilang selera nk masak tau!! wah esuk kaknoor terbang lah yeyy

      Delete
  14. waa..bestnye akak g obersi...hihih...gigit kertas sy nengok lasagna ni...sedap tuhhh hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah deanna tugas jugak ni di obersea utk tengok anak2..

      Delete
    2. betul tuuu...semoga dipermudahkan urusan ye kak....hihihi

      Delete
    3. thanks deanna ya packing2 ni belum habis hehe

      Delete
  15. sedapnyaaaaaa... tapi tak pandai buat... oder kat kedai jer pandai...

    ReplyDelete
  16. order lagi mudah dan cepat Najib hahaha

    ReplyDelete
  17. sedapnya.. meleleh air liur nih bila menengoknya..

    ReplyDelete
  18. Wallahhhh...tertarik ni..resepi western mix melayu..baru la tekak mcm saya ni boleh terima..

    ReplyDelete
  19. Rasanya kalau bay leaves takde boleh ke kita ganti dengan daun salam?

    ReplyDelete
  20. Boleh simpan untuk buat nanti-nanti..bila nak buat ni? hihi

    ReplyDelete
  21. tgok gambar pun dah sgt menyelerakkan noor dpt sepiring jadilah...

    ReplyDelete
  22. Amboi, bukan main lagi lasagna mata biru Kak Noor. Lepas makan dah boleh tukar slang dah ni :)
    Selamat travel, Kak Noor.

    ReplyDelete
  23. Adoiii...tengok makanan ni terus teringin nak jadi jiran KN hihi... Tp kari bila jumpa sos mmg sedap KN....

    ReplyDelete
  24. kak noor ni masak apa pun menjadi..SEDAP!!!..tapi kat mana MATA BIRU nya x nampak pun?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home