Masak Cekur Ikan Wangi Serumah

Masak Cekur Ikan Wangi Serumah


Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu untuk semua nya.
Ni pagi-pagi kaknoor nak tayang masakan semalam, sebab nak tayang semalam memang tak sempat lah, jadi nya disimpan gambar, kalau makanan nya memang dah takde ni, jom layan gambar je ok, untuk makcik-makcik V memang suka ni.
V for vogue lah kan heee or veteren pun boleh jugak..






Bahan2nya
2,3 keping ikan pilihan dibersihkan dan digoreng garam kunyit
2 inici ubi cekur *
2 biji buah keras *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu cili kering kisar 
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara nya
Tumbuk bahan yang bertanda * sehingga lumat,panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi kemudian masukan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak
Masukan air asam,garam dan gula secukupnya
Dah cukup rasa kegemaran masing2 boleh lah ditambah ikan yang sudah digoreng tadi,golekan sekejab sebab ikan kan udah masak takyah lama2 kat atas dapur nanti hancus pulak
taburkan daun cekur kat atas hidangan untuk tambah wangi.
Boleh lah dihidangkan dengan nasi suam2 kuku kalau panas sangat susah mau makan kan




Ini lah rupa nya pokok cekur tu, kalau ada yang tak pernah tengok, ubi dan daun nya kedua nya pun boleh di guna kan, wangi nya siapa yang suka memang sedap aroma ni, tapi kalau budak-budak memang dia kata tak wangi hee..

3 comments:

  1. asalamualaikum...selamat pagi.
    yan suka masakan yang guna cekur...masak pecal dan urap pun guna cekur..sedapkan kak....bila tergigot daunnya tu perh boleh btambah nasi lagi dibuatnya..
    huhuhu:-))

    ReplyDelete
  2. Saya tak pandai masak guna cekur, Kak Noor. Ni first time tengok cekur :)

    ReplyDelete
  3. ooooo...gini rupanya cekur.....dia rasa mcm mne kak??? pahit ehhhh...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home