Masak Cuka Ikan Tongkol Pelaris Nasi

Masak Cuka Ikan Tongkol Pelaris Nasi



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk adinda-adinda yang selalu singgah kesini, kaknoor sangat menghargai nya, walaupun kadang-kadang kaknoor tak sempat nak berkunjung balas, tapi insya ALLAH jika diizinkan pasti kaknoor akan membalas kunjungan adinda semua.

DAH lama rasa nya kaknoor tak letak entry makanan kan, hari ni dah tak larat nak posa dah, kak noor nak jamu mata adik-adik semua dengan ikan masak cuka ni, ikan ni memang kegemaran orang-orang utara, terutama nya Kedah lah, ikan ni jugak di namakan jeruk ikan atau ikan masak cuka sinonim nya, kalau kat umah akak kalau masak ni memang terlajak laris ni, apa lagi kalau ada kacang panjang yang ranggup di masukkan dalam masak cuka tu, boleh jugak tak letak kacang, ikut fav masing-masing lah., jom tengok resepi kalau ada yang belum faham menu Kedah mari ni..







Ikan Tongkol Masak Cuka dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit dan digoreng
§  5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.


Kalau ada yang nak tukar ikan sebab tak suka ikan tongkol pun ok jugak, tapi yang penting ikan tu mesti agak besar sikit lah samaada ikan kembung besar ke atau tenggiri ke, hatta ikan merah pun boleh, jangan ikan kecil sangat tak sedap tau!!
SELAMAT MENCUBA PASTI LARIS NASI NI!!

29 comments:

  1. Assalamualaikum kak Noor,

    salam ukhuwah di pagi hari, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam zera, thanks sudi singgah sini ya..

      Delete
  2. Semangat masak dah kembali...bagus kak nor blk dr Landon terus upload gmbr masakan yg best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab teringins ngt lah ni cheqda tak sabaq nak masak di dapur sendiri menu sendiri punya kann dok makan yg orang masak ja mana tahannn

      Delete
  3. errrrk...sedawa panjang mata yan..kekenyangan tengok ikan tongkol tu....suka sesangat ikan tongkol..biasa yan masak kicap atau kari je..lain kali nak try masak macam ni pulak..tapi ikan tongkol putih aje..tongkol hitam yan x suka..keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pu tongkol putih yan sbb agak lembut, kalau yg hitam tu keresss kan, lepas ni boleh try tau dan rasa kesedapan nya hehee

      Delete
  4. SUKA SGT JERUK IKAN NI TERUTAMA IKAN TENGGIRI R IKAN SEPAT BENUA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana nak dapat ikan sepat benua ni dear Paridah cyg, lama dah kaknoor tak makan sepat benua, yg masin tu kdg ada jugak kat supermarket, tapi klau yg hidup mmg takdak lah

      Delete
  5. Kalau nmpak resepi tongkol masak cuka ni teringat arwah maklong saya....saya cukup suka kalau dpt mkn...masa dia hidup tak mahu belajar resepi masakannya..bila dia dah tiada..baru lah terkenang-kenang...Tkasih kak atas perkongsian resepi ni..wajib dicuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini boleh guna resepi ni kalau suka bila teringatkan masak cuka maklong aini, tapi tak taulah sedap ke tak, ikut citarasa sendiri lah kalau aini nak tambah apa2 ya, sbb orang2 lama mmg sedap masak mcm maklong aini tu

      Delete
  6. Replies
    1. seminggu sekali mesti buat ni mayang sbb fav seisi rumah..

      Delete
  7. mmg sedap ni k.noor. kadang jadi menu bila dah tak tau nk masak apa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau time demam2 tk lalu makan nasi nilah lauknya syifa kan

      Delete
  8. Ala apa ni, balik-balik dari London masak ikan tongkol.... tak best! masaklah western food

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama sweetie tk mkn macm ni teringin giler ni perut nasikkkk lah

      Delete
  9. kita suka masak cuka kak...cuma versi akak ada bubuh jintan tu...nti leh try style ni pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak suka jintan rohah lebih wangi, lebih jintan putih lagiii besttt tau

      Delete
  10. Sedapnya kak noor .. tak pernah mencuba lagi resepi yg ada letak cuka ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try nanti bila ada masa yatie sedapp oooo

      Delete
  11. Kak Noor, sedapnyer lauk ni teringat arwah nenek saya masak masa saya kecik-kecik dulu guna ikan cencaru. Kak Noor, nak tanya Kak Noor asal Brunei ke Kedah ? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan cencaru terlupa pulak kaknoor memang boleh jugak ni utk masak cuka Lina. asal Kedah Lina tapi dah mastautin kat Brunei jadi dah dok kat sini lah

      Delete
  12. My peberetttttt,tp klu saya masak sendiri,selalu x sdp!huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai sini kaknoor masakkan Sam mesti lajak nasik ni

      Delete
    2. mai sini kaknoor masakkan Sam mesti lajak nasik ni

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home