Nasi Ayam Sedap Menu Semalam

Nasi Ayam Sedap Menu Semalam


ASSALAMUALAIKUM 
Hari ni hari yang paling sibuk untuk masuk ke ofis maya ni, macam-macam benda harus di bereskan jadi sampai ke malam gini baru lah dapat open ofis ni.  Ni pun menu semalam bar dapat update malam ni, jom tengok resepi kalau ada yang terhingin nak buat, yang pasti nya sedappp boleh try untuk yang rajin ya..






Nasi Ayam

Bahan Ayam
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan Perap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Cara memasak ayam
1.    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2.    Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
3.    Masak air sehingga mendidih dan masukan ayam perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
4.    Angkat ayam dan tos kan, kemudian perap lagi dengan bahan perap lebihkurang 30 minit.
5.    Gorenglah ayam dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
6.    Angkat dan baru lah di potong kecil


Bahan Nasi Ayam
5 cawan beras wangi
2 sudu mentega
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
3 helai daun pandan
1 cawan susu segar
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Cara memasaknya
1.    Panaskan mentega dan tumis lah bahan kisar dan bahan rempah sehingga wangi.
2.    Masukan separuh daripada air rebusan ayam tadi.
3.    Tambahkan susu segar, garam, daun pandan, kiub ayam
4.    Masukan beras yang telah di cuci jugak separuh lagi air rebusan ayam.
5.    Lebihkan sukatan air 1 cawan dari sukatan beras.
6.    Masukan beras didalam rice cooker dan masaklah seperti biasa
7.  Sudah nasi tanak taburkan sedikit safron di atas nasi biarkan 10 minit, baru di kacau.



Bahan Sambal Nasi Ayam

10 biji Thailand
5 biji cili besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air rebusan ayam
Cara memasaknya

1.    Kisar cili Thailand, cili besar, bawang putih dan halia.
2.    Jangan terlalu halus biar sedikit kasar.
3.    Masak di atas api yang sederhana tambah kicap manis, garam, gula, cuka, minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam.
4.    Masak sehingga pekat dan berkilat angkat.


Bahan Sambal Kicap

Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak bijan, tambahkan kicap manis dan masin dan air rebusan ayam, masak sehingga mendidih dan angkat.


 Ini sambal kicap dan sambal merah tu



Close up ayam sikit mana tau ada yang terleleh air liur yang ala-ala hangus ni haha
SELAMAT MENCUBA DAN JAMU MATA U ALL....

Siapa sudi LIKE pages DAPUR KAK NOOR  di Fb ya sebab friend list kaknoor dah full jadi boleh lah ke DAPUR KAK NOOR terus mesti cepat boleh makan hehee

24 comments:

  1. kat tempat saya ada Kedai Nasi Ayam Pokok Durian. Rasanya memang sedap sekaligus ramai pelanggan datang makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nama kedai nya unik mesti lah sedap tu IM kan..

      Delete
  2. Replies
    1. kaknoor kasi free nasi tambah satu peyok Yan ok tak

      Delete
  3. Sedapnya nasi ayam... Nak rasa juga Kak Nor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk orang jauh macam Ros memang sentiasa boleh, boleh pndang dulu ya heehehe

      Delete
  4. Assalam kak noor,
    mohon copy naaaaaa
    nak try weekend ni he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem arisya copy teh sila kan, tapi mesti masak tau this weekend..

      Delete
  5. nasi ayam mmg feveret anak2 kak nor.. makan sampai tak tau jemu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama disini mayang mengurai cayang ayam kalau sekor confem tak sampai petang ni

      Delete
  6. salam jumaat..nasi ayam masak sendiri ni sedap sangt...boleh cuba resepi ni pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor semua nya masak sendiri paridah jarang beli kat kedai, sbb boss besaq tak suka makan kat kedai hahaha bini nya kena berphempas pulas kat dapur everyday

      Delete
  7. sedapppnyaaaa!!
    cili thailand tu macamne ye nak kenal?

    Jemput jenguk ietams yerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah cili thailand tu, cili yg besar sikit dari cili padi tu, cilipadi kecik sangt kan, lebih pedas lagi dari thailand, so guna yg thailand lah agak kurang sikit pedas nya

      Delete
  8. I want that chicken!!! salivating over it now

    ReplyDelete
    Replies
    1. you must try it this afternoon Nammi, yummy,

      Delete
  9. sedapnya ayam ala hangus tu.meleleh tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kita geng salma yang hangus itu menawan kan

      Delete
  10. mata dan hati saya terpaut pada bekas sambal dan kicap tuu, comel!
    ns ayam juadah yg simple tapi 'lengkap'...mmg menu wajib setiap minggu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syahida, jangan tak tau botol tu terbang jauh U dari obaC tu hahaah
      yes sudah nasi ayam ada sambal sayur ayam perfecto kan

      Delete
  11. mintak resepi ye kak noor.. bila nak masak tu tak tahu.. hehe.. salam jumaat kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan syida copy dan letak kat petiais senang nak rujuk nanti tau, dah bagitau kaknoor ya

      Delete
  12. Esok InsyaAllah makan spring spring chicken baru dibela sendiri sebab macam tak sihat tengok ayam tu disembelihkan tadi.
    Ingat nak buat nasi ayam juga esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah best nya dapat makan ayam yg di bela sendiri diana, buat lah nasi ayam macam ni sedappp insya allah ...

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home