Nasi Tumis Kuning Ala Kedah & Sambal Bilis Ayam Panggang Telur Gulung Wah!!!! Panjangnyaa Tajuk..

Nasi Tumis Kuning Ala Kedah & Sambal Bilis Ayam Panggang Telur Gulung Wah!!!! Panjangnyaa Tajuk..


Assalamualaikum dan salam selasa untuk semua nya, pagi-pagi ni mesti dah teringat apa nak masak untuk family tersayang kan, diBrunei masih lagi dalam mood cuti sekolah. Jadi makan pun memang berat lah kalau time cuti sekolah untuk breakfast, sebab boleh merangkap sampai ketengahari jugak ni kalau tak habis lah hahaa.
Pagi ni kaknoor dah show nasi tumis kuning ala orang Kedah gitu, tapi rasa nya negeri lain pun sama jugak kan suka dengan yang kuning-kuning macam ni.




Bahan Nasi Kuning
3 cawan beras wangi
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
1 inci halia hiris kecil
3 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
sedikit garam dan serbuk kunyit
sedikit minyak / minyak sapi
sedikit rempah, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga secukupnya.

Cara nya
1.  Panaskan minyak sapi, tumislah rempah nasi, bawang merah, putih dan halia sehingga kuning.
2.  Masukan daun pandan dan beras, kacau rata.
3.  Pindahkan ke dalam rice cooker tambahkan dengan air secukupnya, garam dan kunyit.
4.  Masak lah seperti biasa, bila dah tanak kacau supaya rata kuning nasi tumis ni.
5.  Sedia untuk dihidangkan bersama lauk kegemaran, sambal tumis ke, rendang ke or kari.
6.  Menu paling cepat sambal tumis je lah kan.

Untuk sambal boleh rujuk
Untuk ayam panggang boleh rujuk 




Sepatutnya kalau nasi kuning ni ada acar timun baru best, tapi timun boliawwww maaa, apa yang ada lah kacang botor pun ok jugak tambah ayam panggang dan telor gulung. Ini pun dah nikmat makan rasa nya kan...


20 comments:

  1. Sedapnya Kak Noor. Cantik pun cantik. Kalau buat sarapan tetamu yg dtg pun sesuai betul. Lain kali kalau kakak teringat nak buat kakak rujuk sini. Nampak pun macam mudah nak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah sngt kakzakie boleh try anytime bila rasa nak makannnn

      Delete
  2. SEDAPNYA NASI KUNING LENGKAP SEMUA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg buat makan tk hingat donya tu dear paridah kan

      Delete
  3. Nampak sedap sambal kak nor. saya peminat sambal.

    http://penselduabee.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita RR peminat sambal tkdak sambal tk jlaan lah nasi

      Delete
  4. nasi ..telur ...ayam ..sambal yan nak...sayur jauh2...hahhaaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sayur kasi kaknoor yan, akak suka sayur ok

      Delete
  5. nasi kuning ni mcm nasi minyak jg kan..tapi tak berapa oily..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nasi minyak la nohas best lemak2 merdu gitu tambah..

      Delete
  6. amboi tajuk.. Yg penting ada nama Kedah kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedah mesti naik jugak dlm nasik ni syida rugi tu sbb nasi kuning trademark kedah jugak ni

      Delete
  7. Tajuk panjang pon tak kesah,kak. SB baca,tengok ..jadi lapar pulak

    ReplyDelete
  8. Oh lama tak makan nasi kuning ni.
    Special sungguh.

    ReplyDelete
  9. Assalam kak noor,
    geram iols dengan sayor ulam tu tau3
    makan mentah sodap
    goreng bercili pun sodap he3

    ReplyDelete
  10. meriah dgn laukk...nak cuba laaa...xpenah masak lg nii

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home