Pulut Kukus Dengan Kacang & Sambal Tumis

Pulut Kukus Dengan Kacang & Sambal Tumis


Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua rakan-rakan blogger, selamat bersantai dan bercuti lah dihari minggu ni, apa agak nya menu breakfast kalian semua nya hari ni, kalau sudi meh kita sama-sama mencubit sedikit pulut berkacang ni, memang sedappp..





Bahan Utk Pulut
2 cawan beras pulut direndam semalaman
3 cawan santan
2 helai daun pandan
1 tin kacang (boleh jugak beli yg belum di rebus dan pastinya kena rebus lah ya)
sedikit garam


Caranya
1.Didihkan air didalam kukusan.
2.Lapikkan daun pisang didalam kukusan dan masukkan pulut yang di rendam.
3.Kukus lah pulut lebihkurang 20 minit.
4.Keluarkan pulut masukkan dalam besen dan campurkan dengan santan,kacang, daun pandan dan garam, gaul sebati.
5.Kukus lah lagi sekali lebihkurang 15 minit sehingga pulut lembut.
6.Biarkan sejuk sekejab sebelum dibungkus dengan sambal.



Bahan Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis goreng
3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai di ketuk
1 labu biji bawang besar hiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan sedikit gula merah
Minyak masak  untuk menumis. 

Caranya
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga beraroma.
2. Masukan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk bersama serai yang diketuk, kacau sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan goreng lagi sehingga pecah minyak.
4. Untuk mendapatkan cili yang pecah minyak kita mesti biarkan api dapor kecil.
5. Masukkan gula merah dan air asam jawa dan kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan garam dan masaklah sehingga sambal agak kering.
7. Tutup api dan gaul lah ikan bilis goreng bersama dengan sambal.




Ada tak yang suka pulut ni untuk breakfast?? kalau dulu dikampong-kampong memang ini lah dia breakfast sebelum kesawah, dulu lah masa kaknoor kecik-kecik, sekarang ni dah moden breakfast ramai yg cari lebih mudah dan cepat di sediakan, betul tak???
Kecuali makcik-makcik yang rajin je mampu masak pulut untuk breakfast haha, angkatttttt angkattt je...

14 comments:

  1. apa saja jenis masakan pulut mmg mnyelerakan suka sgt...tapi bila dh tua ni kena kurangkannya takut demam urat noor..

    ReplyDelete
  2. yalah tu, kena slow2 lah tapi kalau nampak pulut mmg tkleh nak tolak kan...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...sedapnya ni...

    Tapi pagi ni kakcik dah siap masak set nasi ayam. Dah beberapa hari anak kakcik minta, jadi pagi ni, awal-awal lagi kakcik dah siapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang macam kita ni mmg suka pulut kan kakcik, tapi anak2 mesti nak nasik apa lagi nasi ayam mmg fav budak2 ni, saya pun suka masak awal senang berehat pun dapat awal jugak haha

      Delete
  4. looks delicious, by the way you should add a google translate, gets a little difficult sometimes to translate , just a suggestion :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm sorry Nammi, I'm not very good in english, but i will try my best :)

      Delete
  5. asalamualaikum kak noor...arini yan masak kuah lodeh..nasi impit..dan rendang ayam resepi akak...:-)) encik somi puji rendang sedap..padahal isterinya tengok internet...huhuhu..tq kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hari ni jadi istri mithali lah ya kan, alhamdulillah semoga mendapat menafaat jugak utk yg lain nya hehe

      Delete
  6. teringat ketupat palas yang letak kacang tu sedappppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tkdak daun palas lah ni Eny kaknoor buat gini janji ada kacang sedapppp

      Delete
  7. Suka pulut yg makan ngan kelapa parut ngan ikan masin gelama atau tamban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni menu pi bendang dulu2 ni diana kan, ikan masin, nyoq dan ikan masin

      Delete
  8. aiyooo....sy suka pulut...mkn ngn kari...perghhh....sedapppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama fav kita deanna kalau pulut everyday pun ok tapi anak2 yg komplain depa tak suka sngt

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home