Sambal Hitam Pahang Dah Terlebih Hitam La Pulak..

Sambal Hitam Pahang Dah Terlebih Hitam La Pulak..

Assalamualaikum dan selamat petang ya
Kali ni resepi kaknoor ada lah sambal hitam pahang, dah lama sangat teringin nak buat ni sebab masa ni belimbing buluh atau belimbing pucong ni sedang banyak, kadang sampai tak sempat nak makan, kalau buat sambal macam ni, kalau tak habis boleh simpan dalam petiais nak makan kuarkan saja, lebih cepat proses memasak, sebab dah ada satu menu kan.  Resepi kaknoor intai dari blog 
IZAH MUFFIN, thanks Izah kaknoor kongsikan di blog kaknoor jugak resepi ni tau!!





SAMBAL HITAM PAHANG
by: izahdaut

1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
10-15 biji cili padi *pedas ikut suke
6-7 asam belimbing rebus
sikit kicap
sikit gula
sikit garam
3/4 cwn minyak masak *lebihkurang

caranya:

Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu.
Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek2kan dengan lesung biar bercampur dengan cili.
Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus aje masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi.
Goreng menggunakan api sederhana.
Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
Kacau lagi sehingga agak2 garing.
Atau pun mengikut citarasa masing2. Sebab ada suke sambal ni rasa lembut2 je, tak suke garing.  Ada juga suke sedikit garing tambah lembut2 sikit. Jaga2 jangan sampai hangit lak. Maklom sambal dah ler hitam kan. Hehee..




Pokok belimbing ni ikhsan dari Pakcik Google  sebab terlupa nak ambik gambar masa belimbing sedang banyak tu, lepas ni bila dah tau sambal hitam ni guna belimbing memang tak sempat nak besar apa kan !!! hahaha

Nasi terlajak laris kalau makan dengan sambal belimbing hitam ni, walaupun hitam tapi sedap dan pedas itu lah yang buat bertambah-tambah berat ni...

36 comments:

  1. kak noor baru ini balik kg suami, mak mertua nak bagi belimbing terpaksa tolak sebb yg dia bawa hari itu pun tak terbuat sambal hitam lagi....pemalaihhh sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish awat lah malaih snagt, lain kali rezeki jgn di tolak hantaq mai sini kaknoor buatkan paihtu kaknoor antaq lagi utk diana haha berapa kali antaq daaaa

      Delete
  2. tgh viral jugak sambal ni.. ada yg jual online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke syida, buat nya banyak lambat tapi sedap syida berbaloii kalau ada jual mahal tu mmg berbaloiii sbbb very the lambat dan sikit sngt dpt dia wlaupun bahan nya dah banyak

      Delete
  3. eh..sy suka mkn sambal ni kak..ratah cenggitu jerrr...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas ni Deanna sanggup ke meratah???

      Delete
    2. kak..sy lgi pedas lagi sy suka...ratah cenggitu jerrr...hahahhaah

      Delete
  4. Hitam itu menawan.. Hehe..kalau tk berapa hitam kurang sikit cunnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun suka hitam JU sangat menawan kan hahaha

      Delete
  5. tak pernah makan la kak norr. dah lama tengok orang dok tayang.sambal hitam ni teringin jugak nak merasa .. . teringat masa kecik2 pokok2 ni ada depan rumah sebab atok tanam.. ada jual ke kat pasar2??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat pasar Brunei ni mmg banyak jual belimbing Wani tak tau pulak kat tempat Wani, ada kot...

      Delete
  6. sedap sambal hitam ni tapi lmbat nk mengacaunya biar kering betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Paridah lambat membuat nya utk keirngkan betul2 kan, tapi berbaloii sedappp

      Delete
  7. Hmmm...sedapnya kak noor..sy suka sgt mkn smbal hitam..last mkn ahad lepas..hasil air tangan cheq sue

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah baru lagi makan tu cheqda sedappp kan, kaknoor first time buat dan first time makan dah jatuh cintan

      Delete
  8. Sedapnya nampak kak Noor. Ros tak pernah rasa pun lagi. Hari tu cuti raya cina balik rumah mertua, banyak sangat buah belimbing ni..

    ReplyDelete
  9. sayang nya Ros tak bawa belimbing sbb buat sambal ni guna belimbing banyak tau, lagipun dapat simpan lama dlm petiais ..

    ReplyDelete
  10. Walopun Itam rasanya sedap kak noor..eheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali mesti nak buat lagi sambal item ni rohah kan sedap ooo

      Delete
  11. hitam itu menawan kak. sedap sangat buat banyak banyak kan. simpan n nak je dah ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sedang belimbing banyak ni lah buat izah kan, simpan, nanti belimbing dah tkde tklah kempunan snagt

      Delete
  12. Tak penah mkn k.noor...mai antaq skit..nak rasa....hehehe..

    ReplyDelete
  13. Sedapnye nampak masakan ni Kak Noor.. nak try juga nanti ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti try nurul tak rugi ni berbaloiii sedappp

      Delete
  14. kalau ada lauk sambal hitam ni, mesti makan bertambah2 nasiknya, takleh berhenti! huhu (join geng tambah berat juga ;p)
    makan dengan ns impit pun sedap, kan knoor? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah best jugak kalau dpt makan dgn nasi impit syahida kan, tunggu nak jugak try nnti..

      Delete
  15. terliuq tengok kak..ni kalau dapat makan sure bertambah-tambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak syak lagi khaty, orang kurus tinggi lampai macam khaty boleh lah makan banyak sambal ni hehe

      Delete
  16. Wah nak kena cuba ni pula masa banyak benor buah belimbing buloh tak tahu nak manfaat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  17. Saya kalau buat sambal ni memang suka pedas2 dan garing sikit, kak. Ratah macam tu pun sedappppp!

    ReplyDelete
  18. Baru buat hari tu KN....berhari hari baru habis. Sebab yg makannya okje sorang. Tp semakin sedap pulak bila balik balik dipanaskan...

    ReplyDelete
  19. terlebih hitam x pe janji sEDAP!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home