Soft & Chewy M&M Cookies.

Soft & Chewy M&M Cookies.


Resepi minum petang yang ala anak-anak gitu, ok tak cookies ni!! tak kisahlah kan asalkan kenyang je petang-petang ni, kalau di gandingkan dengan minuman kegemaran pasti nya malatop jugak ni.
Resepi nya pun tak lah susah sangat, kalau anak-anak kecil memang suka sangat ni sebab ia berkaler-kaler bagi tarikan untuk anak-anak makan.






BAHAN NYA
1 cawan mentega tanpa garam
400 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
1/4 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 biji telur kuning
2 sudu besar susu segar
1 1/2 esen vanila
1 cawan M & M


CARA NYA
1.  Cairkan mentega dan ketepikan.
2.  Ayak tepung, garam dan baking soda dalam mangkok besar.
3.  Pukul mentega dan gula sehingga sebati, masukan campuran telur, susu dan vanilla dengan kelajuan sederhana.
4.  Masukan campuran tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukan separuh daripada M&M, kacau rata.
5.  Masukan doh di dalam petiais selama 1 jam.
6.  Panaskan oven 150 'C atas dan bawah.
7.  Skopkan adunan di atas dulang yang telah di lapik kertas minyak.
8. Bakar selama 15 minit, keluarkan dan letakkan lebihan M&M di atas cookies.
9. Sejukkan dan boleh lah menjamu selera.




Yang ada anak kecil tu pasti teruja nak buat ni kan, senang sangat jom rajinkan diri, kalau kita baking sendiri dengan kasih sayang mesti rasa nya lebih sedap.


13 comments:

  1. gula2 ni boleh hias kat biskut ? erm menarik..selalu yan hias kat kek aje..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya kak noor ..mita pon dah lama tak wat cookies . bole cuba resepi ni nnt..

    ReplyDelete
  3. wahhh kak nor, ni mesti cucu iman suka tgk meling2 gula warna atas sekut tu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak Noor. Feveret saya la soft cookies ni. Biasa beli kat subway atau famous amos. Yang part garam tu, kalau tak letak garam dan tapi gunakan salted butter boleh ke?

    ReplyDelete
  5. kak ruby pun suka gak, suka suka suka

    ReplyDelete
  6. salam singgah. resepi yg sangat mudah. saya kena kerahkan usaha & semangat yg lebih ni. hehehee

    ReplyDelete
  7. rajinnya buat cookies utk minum petang...sedapnya.

    ReplyDelete
  8. rajinnya buat cookies utk minum petang...sedapnya.

    ReplyDelete
  9. Menarik ni.. Kalau ada kelapangan, nak try lah

    ReplyDelete
  10. Assalam kak noor,
    nak minta izin copy jugak ek
    nak try untuk fayyadh he3

    ReplyDelete
  11. mekasih bebanyak utk knoor sbb share resipi ni..sy dah prnh gugel tp resepi knoor ni nampak simple. bersemangat sket nak menerai. anak2 suka makan, tapi x larat nak membeli selalu..baik buat sendiri kan knoor kann? :)

    ReplyDelete
  12. Dah print screen...
    lama dah tak membaking dgn anak2..
    Saya suka resepi yg easy peasy mcm ni...
    Tq kaknoor :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home