Tempura Sayur With Sos Pedas

Tempura Sayur With Sos Pedas


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi untuk semua nya, pagi ni kaknoor nak kongsikan resepi yang mudah lagi iaitu tempura sayur ikut versi kita lah ya, biasa nya kat restoren Jepun selalu nya memang ada lah segala jenis tempura ni, tapi kali ni kaknoor nak kongsikan hanya tempura sayur, rasa nya memang boleh jugak kalau kita nak tempurakan udang ke sotong atau apa-apa dengan bancuhan tepung ni, sebab kita yang  buat kan...





BAHAN NYA

125 gm tepung gandum
1  1/2 sudu kecil baking powder
225 ml ice - cream soda
1 sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
sedikit garam
Kak Noor tambah sedikit serbuk kunyit utk kuningkan bancuhan

CARA NYA

Masukan semua bahan dalam satu bekas yang besar dan kacau lah sebati dan tak berketul
Kak Noor double kan adunan ni sebab sedikit je dapat kalau utk family yang suka gorengan macam ni memang tak cukup


BAHAN SAYUR

Kacang botor di belah dua
Brokoli di potong ikut kesukaan masing2
Bunga kobis dan carrot di potong kecil
Carrot yang di hiris nipis

Masukan bahan sayur kedalam bancuhan tepung sedikit demi sedikit dan gorenglah didalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga kekuningan boleh lah di angkat dan di hidangkan, sangat sedap di makan ketika panas- panas tu dan best jugak di ratah macam tu je, dua pinggan hasil gorengan sekali makan je hahaha 
TAK PERCAYA  KENA BUAT  SENDIRI SEBAB  KERANGGUPAN  BENDA2 NI BUAT BAGI KITA SUSAH MAU BERENTI MAKAN..



Untuk sos nya, kaknoor hanya campurkan ciliflakes, sos cili maggi, sedikit air panas dan kacau sehingga pekat, lagi pedas lagi best boleh tambah ciliflakes jika suka lebih hot..

SELAMAT MENCUBA, MEMANG BAGUS MAKAN SAYUR MACAM NI, LAGIPUN DI CICAH SOS MEMANG SEDAP TAK TERASA MAKAN SAYUR PADA YG TAK SUKA SAYUR TU.


17 comments:

  1. Replies
    1. anak2 suka makan mama suka buat ni anum!!

      Delete
  2. kacang botor pun boleh..hehe..tak pernah cuba..
    nampak sedap kak..boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang botor dah terlebih kat pokok sayang punya pasal buat je tempura yaya besttt ranggup

      Delete
  3. Betul juga cara kak noor , bagi yg tak gemar makan sayur boleh buat macam ni.. saya pun nak cuba jugak lah... tapi bila daaaaaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah yatie kalau sayur tu basah ramai yg taksuka tapi kalau buat macam ni mesti larisss

      Delete
  4. Kakak biasa buat utk brokoli Kak Noor.
    Lain tu tak pernah lagi. Bila tengok Kak Noor buat ni betul-betul bagi kakak idea cantik
    Ada masa kakak nak ikut cara ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya banyak sayur yg boleh buat macam ni kakzakie, teprulang pada slera kita je, sayur omputih sayur melayu also can lahhh

      Delete
  5. menarik dan nampak sedap sangat tu kak noor.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencinta sayur mmg suka ni wana banyak khasiat jugak kan kalau selalu mencuba ni

      Delete
  6. Replies
    1. rugi lah yan benda sedap tapi yan taksuka adoiiiii

      Delete
  7. TEMPURA SAYUR NI KALAU TAMBAH BILIS R UDANG OK JUGA KOT...SELERA MASING2LH NOOR YA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulanglah paridah kan,tapi takut jadi cucur bilis pulak..

      Delete
  8. KN okje ni dahlah puasa tp puasa gantilah hihi.... kecurlah air liur ni huhu...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home