Tomyam Ayam Pencen & Umbut Pisang + Free Langkawi Picture..

Tomyam Ayam Pencen & Umbut Pisang + Free Langkawi Picture..


Assalamualaikum dan salam sabtu untuk semua nya.  Mesti pepagi macam ni masih ada yang belum sarapan kan, tapi kaknoor dah siapkan menu untuk tengahari ni hahaha, jangan tak tau pulak, sebenarnya ini menu tengahari dua tiga hari lepas, biasa lah kan, kalau nak update hari yang sama kita masak memang tak sempat, terkejar - kejar kaknoor, so kena perlahan sikit lah, lagipun dah  lima series ni tak boleh cepat-cepat semput hahaha...
 Resepi nya kak noor olah sendiri ikut citarasa family yang sukakan pedas, jom tengok resepi adik-adik semua cepat!!







Bahan nya
1 ekor ayam pencen  dibersihkan dan dipotong kecil
* ayam pencen lepas dibersihkan diperapkan dengan sedikit tepung dan garam kemudian baru lah dicuci lagi sekali utk hilangkan bau *
3 sudu besar paste tomyam
2 sudu besar cili kering kisar
1 batang pisang di ambil umbut yang didalam yang lembut dan hiris 
3-4 lembar daun limau purut
2 batang bunga kantan
10 biji cilipadi
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar
5 biji bawang merah 
3 biji bawang putih 
1 inci lengkuas 
3 batang serai

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar sehingga wangi dan keluar aroma nya, masukkan ayam pencen,  pes tomyam dan cili kisar.   Masaklah sehingga  ayam kering air, dan kalau belum lembut boleh tambah air secukup nya untuk melembutkan ayam.  Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan, cili padi dan umbut pisang, masak lagi sehingga umbut dan ayam lembut, tambahkan dengan garam, gula dan air secukupnya.  Pada yang suka tomyam ni lebih masam boleh lah tambahkan dengan air limau nipis masa menghidangkan nanti, just perah je air limau tu ya..
Tomyam ayam pencen bersama umbut pisang sedia untuk di hidangkan bersama dengan nasi panassss....terangkat U..


Dari gambar memang nampak macam kari, tapi sebenarnya tomyam yang tak diletak santan pun, mungkin sebab ayam pencen ni agak berlemak maka nya kan, biasalah macam orang tua jugak, bila dah beberapa series tu lemak akan timbul disana sini hehe..



Kalau ada yang tak tau, ayam pencen tu ayam tua lah kan, isi nya agak keras berbanding dengan ayam biasa yang kita guna untuk goreng dan sebagai nya, jadi nya kena masak agak lama untuk melembutkan nya.


Saja suka suki gambar tukang masak masa di langkawi 2013, time balik kampong haha, kalau geli tengok kaknoor "beriben hitam" cepat-cepat scroll dan komen tau!! hahaha..


12 comments:

  1. nampak helang teringat langkawi... 4 tahun dok sana, ada kala teringin nak g cuti2 kat sana lak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah 4 tahun kak rose dok langkawi best nye puas shopping pinggan mangkok lawa nooo

      Delete
  2. Perghhh telan air liur tengok tomyam ayam pencen kak noor tu...
    Ranggi mak tok dgn "riben hitam " tu noooo ehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang belum pencen pun suka jugak ke yatie
      sesekali yatie ranggi kejab lah si pencen ni kan

      Delete
  3. saya pun suka tomyah kuah pekat kalau dimakan bersama nasi putih kosong saja pun dah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaalau ada tomyam tkleh campur lauk lain Eny kan tak serasi mesti tomyam dgn nasi putih ja pastu ikan masin ka pekasam ka baru lah haru biru jadi nya

      Delete
  4. Ros suka tomyam kak Noor.. Tapi tak pernah guna ayam pencen.
    Gi Langkawi harusla bergambar dengan cik helang tu;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah ros makan tomyam yg pedas2 memang berpeluh dibuatnya ni maka nasi pun bertambah lah kan..

      Delete
  5. Salam KNoor...
    Bunda kan tak pernah lagi masak sendiri ayam pencen ni....tapi pernah lah makan..

    Umbut pisang tu memang sedap...pernah makan masa rewang....kalau dimasak ngn tom yam ni...mesti lagi sedap kan....ada manis lemak n pedasnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda, kaknoor suka ayam pencen lagi dari ayam biasa sbb lebihkeras sikit, tak suka yg lembik2, sedap buat tomyam masak2 pedas, boleh try nanti Bunda hehe

      Delete
  6. Salam Bahagia Kak Noor.

    Menariklah tak pernah masak umbut pisang.
    Bahagian mana pun masih blur hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bahagia jugak utk diana ya, lama tak "bermaya-maya" dengan diana ni hehee
      sebenarnya umbut pisang ada lah dari batang pisang yg sebelah dalam atau yg tengah2 tu, yang ni kaknoor ambik dari anak pisang agak2 ketinggian dia 4- 5 kaki, di tebang dan ambik lah umbut nya dari batang pisang tu, tak susah sebb batang pisang kan ke lembut jadi 10 minit dah siap haha

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home