Air Asam Telur Rebus Dan Tomato

Air Asam Telur Rebus Dan Tomato



Assalamualaikum dan selamat pagi.  Pernah tak adik-adik buat sambal atau air asam telur ni???
Ini ada lah salah satu fav family dulu-dulu, air asam ni selain telur boleh jugak kita letak isi ikan kembung yang telah di rebus atau ikan apa-apa lah, tapi isi ikan tu di perisi kecil dan gaul rata. Jom tengok resepi yang simple sangat ni...





Bahan nya
2 biji telur rebus
2 biji buah tomato di hiris
5 biji cilipadi hiris
2 biji cili besar hiris
3 biji limau kasturi di ambil jus dan di hiris kulit nya
1 biji bawang besar hiris
sedikit belacan dibakar
garam dan gula sedikit

Cara nya
Masukkan bahan hiris dalam sebuah bekas, tambahkan dengan belacan, air limau, garam, gula dan sedikit air suam,  Gaul rata. Dah cukup rasa masukkan telur rebus, boleh jugak di hancurkan telur, atau di letakkan separuh telur macam ni, terpulang kesukaan family masing-masing.
Sedap dimakan bersama nasi putih dan di tambah ikan masin atau ikan pekasam.

.


SELAMAT MENCUBA YA...
Idea untuk yang sibuk tapi nak yang sedap dan pedas hehe
5 minit dah siap ni. Telur jangan terlalu lama rebus tau dalam 5 minit sedappp.


39 comments:

  1. Wah...mudahnya.

    InsyaAllah, bolehlah kakcik cuba nanti. Belum pernah buat sebelum ini, :)

    ReplyDelete
  2. kalau ikan kembung biasa buat ni first time tengok guna telur rebus. harus dicuba ni kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Mona, mesti cuba telur lagi best akak rasa haha

      Delete
  3. nak juga cuba buat ,....mudah sangat kan kak noor.Makan dengan nasi panas tentu bertambah2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman skrg ni tkpayah complicated sngt kan yg ni pun dah cukup

      Delete
  4. Assalam kak..

    sedapnyer... kalau telur tu akak bubuh dengan terung bakar pun sedap gak kak..gabungan telur & terung bakar..pastu makan ngan ikan kering & nasik panas dah cukup..menambah2..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah idea yg baik tu Jul, esuk2 lagi kita tmabah terung bakarr ni yg boleh melariskan nasi ni kan

      Delete
  5. Replies
    1. telur 5 minit mmg sedap buat macam ni tau

      Delete
  6. masak asam telor tambh isi ikan sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu utara ni kan P teringat makanan lama2 dulu

      Delete
  7. Kecur ailio saya kak...subhanaAllah, selalu buat air asam je, lepas ni buh telur separuh masak sedap ni...yummmm TQ sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap Jul boleh try sekali mesti nak dua tiga kali

      Delete
  8. pestime tgk air asam dgn telur rebus.telur kuning wrna camtu yg kita suka sgt.leh try nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye zai, sila try insya allah tak menghampakan

      Delete
  9. tak pernah tambah air asam dengan telur atau isi ikan.. thanks kak noor share resepi nih.. mungkin boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang utara tak tau jugak ke eyda? sbb ni utara mari lah teringinnak makan yg lama2

      Delete
    2. nama ja orang utara kak noor.. tapi tak laa utara sangat semua masakan.. hehehe..

      Delete
  10. Ni lg power..hehe..slalu dgn kicap cili je...aummm

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. pulakkk!! akak only telur tawar, next idea lagi

      Delete
  12. sedap ni..selalu nampak dijual yg ikan kembung rebus, diletak sekor2 ikannya, tak di perisi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada jual kat mana ni nohas, mana tau balik kampong nanti nak rasa jugak

      Delete
  13. biasa buat nie..yan guna ikan pelaling... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan pelaling tu cemana pulak yan cher wasap kaknoor hahaha

      Delete
  14. fev nor juga...dgn ikan lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. esuk2 try buat dgn ikan pulak nor pasti menggoda lagi nih

      Delete
  15. Ermmm...yang ini jer pun dah cukup jadi hidangan pembuka selera...

    ReplyDelete
  16. Kakak tahu resepi ini Kak Noor. Keluarga kakak selalu buat. Tapi biasa kami dgn telur burung letak banyak-banyak.. Ini resepi turun-temurun ni:)

    ReplyDelete
  17. pertama kali sy tgk masakan ni...kalau buh ikan rasa mcm mkn ikan bakar eh kak noor?

    ReplyDelete
  18. menariknya resipi ni kak noor,simple dan menyelerakan...tq letak kt sini,fav saya telur rebus macam tu...bahan lain smua ada kt dapur,makan dengan ikan pekasam goreng sedap gak ni :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap ni Ayda confem bin betul hahaha yess pekasam lawan dgn telur rebus mmg power lah, nasi mesti masak lebih ni kalau ada benda ni

      Delete
  19. Nak cubalah nanti, Kak Noor. Tak pernah buat air asam versi yang ini :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home