Apam Pisang Kukus Yang Lazat

Apam Pisang Kukus Yang Lazat


Assalamualaikum dan sejahtera untuk semuanya.
Hari ni kaknoor nak kongsi resepi apam pisang, sebab sayangkan pisang yang dah lebam, nak goreng pun boring jugak berminyak-minyak, sebelum ni kaknoor jarang buat apam pisang, jadi sekodenglah di blog kenkawan, terjumpa resepi apam pisang sedap ni blog Damai Qalbu, pada Rohah izinkan kanoor letak di blog kaknoor jugak resepi ni ya untuk panjangkan pada anak-anak yang baru belajar  masak memasak ni..





APAM PISANG KUKUS
Source:Resipi Pilihan Diana

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) -sy guna 6 biji  pisang berangan 
3/4 cawan mentega | dicairkan dan disejukkan (saya guna minyak masak)
4 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan gula perang)
Secubit garam

Cara-cara:
1.Tepung gandum diayak dengan baking powder.Ketepikan.
2.Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3.Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4.Kemudian masukkan tepung.Gaul rata dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega atau minyak.Kukus selam 45 minit menggunakan api yang sederhana. (saya guna acuan kecil dan kukus selam 15-20 minit).



Apam ni boleh jugak dimakan begitu saja, atau dimakan dengan kelapa putih yang digaulkan dengan sedikit garam, terpulang lah pada selera sendiri, tapi bagi kaknoor suka dengan kelapa ni lebih sedap.
Jom jangan biarkan pisang anda hitam dan lebam, buat lah apam ni pasti memikat selera.

13 comments:

  1. sedapnya.. tak pernah tau plak boleh buat apam dengan pisang yang terlebih masak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun first time try ni Eyda buat apam..

      Delete
    2. first time pun menjadi tu kak noor.. kalau Eyda nih mesti try and error dulu baru nak jadi..

      Delete
  2. Replies
    1. Syida tak dpt post satgi nyoq basi pulak, Penang jauhhhh tu haha

      Delete
  3. wow..nyum2..sedap tu kak makan dengan kelapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Wana sesekali makan apam mmg enak bangat ni

      Delete
  4. sedapnya makan apam sambil hirup kopi panas waktu hujan turun...btabahla saya yg puasa ni tunggu waktu buka kak noor...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap makan apam dgn kopi panas sabo ye Ayda, banyak pahala dah la puasa lagi sorryyy ya...

      Delete
  5. salam perkenalan kak...ada lebihan pisang kat dapur dan kebetulan pulak esok ada usrah kt rumah..nk cubalah, mudah2an jadi..

    ReplyDelete
  6. terbayang wangi pisangnya nyam nyamm...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home