Ayam Masak Merah Versi Banjir

Ayam Masak Merah Versi Banjir



Assalamualaikum, petang ni kaknoor nak kongsikan resepi masak merah semalam, tak sempat update, masak merah ni kalau anak-anak kaknoor suka sangat nak ambik kuah tu daripada ayam, jadi biarlah kaknoor "BANJIRKAN" masak merah ni haha, terpulang lah sendiri atau family punya selera nak banjir ke, nak "KEMARAU KE" ok, kita yang buat dia kan, just tambah dan kurang air je untuk banjir dan kemarau kan masak merah ni...






Resepi : Ayam masak merah
Olahan : Bicara Kak Noor

Bahan kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup


1/2 ekor ayam di potong kecil dan dibersihkan
3 sudu cili kisar
3 sudu sos tomato atau sos cili pun ok
minyak untuk menggoreng dan menumis
garam dan gula

Untuk hiasan

1/2 biji bawang besar dibelah
4 biji cili hijau takde
1 biji tomato di belah 4 takde

Caranya

1.  Kesemua bahan di atas di kisar halus dan ambil sesudu untuk di perapkan dengan ayam dan tambahkan sedikit garam, peraplah lebihkurang 10 ke 15 minit baru lah digoreng hampir masak dan tos kan.

2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak dengan api yang perlahan, bukan ape pun takut dapor kotor sebab tumisan tu gerenti mercik punya ..

3.  Kemudian dah pecah minyak boleh lah masukan cili kisar dan tomato sos, kacau lagi biar rata dan kalau perlu boleh lah tambah sedikit air.

4.  Bila cili dah wangi boleh lah masukan ayam, garam dan gula dan biar kan merenih sehingga betul-betul masak, tambahkan bahan hiasan.

5.  Masak merah kita dah siap dan boleh lah menjamu selera dengan nasi putih atau nasi tomato, selera ditangan tukang masak kan..



Haha ada tak yang suka versi banjir ni??? kalau kat rumah kaknoor, banjir macam ni memang cepat je surut ni oleh anak-anak, jamu mata saja lah ya...

12 comments:

  1. AYAM MASAK MERAH BANJIR NI SEDAP BERKUAHBANYAK...

    ReplyDelete
  2. kita buat ikut permintaan anak2 depa ni suka sangat kuah yg merah2 ni yalah I tambahkan ja air banyak2 haha kannn

    ReplyDelete
  3. pergghhh.. terbaek.. sedap.. :)

    ReplyDelete
  4. kdg2, leez suka yg banjir. kdg2 suka yg kemarau. tp, klu utk cicah2 roti canai ke.. yg banjirlah yg thorrbahekk..!

    ReplyDelete
  5. Ini kegemaran anak dara SA ni....memang dia pun suka yg jenis berkuah...

    ReplyDelete
  6. terbayang kesedapannya..finger lickin' good...mesti licin berpinggan-pinggan,kena try lah nnt :-)

    ReplyDelete
  7. terbayang kesedapannya..finger lickin' good...mesti licin berpinggan-pinggan,kena try lah nnt :-)

    ReplyDelete
  8. terbayang kesedapannya..finger lickin' good...mesti licin berpinggan-pinggan,kena try lah nnt :-)

    ReplyDelete
  9. ooo ayam masak merah ada banjir juga ya,
    ingat roti canai je banjir...hihi
    sedap gitu...

    ReplyDelete
  10. kita telan air liur saja duluuu ahahaha.. CT suka masak2 ni tapi sebab duduk penang ni bertiga saja..
    malas jadinya nak masak.. kalo dak membazir lebih..

    ReplyDelete
  11. sedapnya.. terliur tau Eyda tengok gambar hidangan kak Noor nih.. sama laa kalau Eyda masak pun suka banyakkan kuah dari lauk tuh sendiri.. anak2 terutamanya Izzat suka banjirkan nasinya dengan kuah..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home