Berbudi Pada Tanah Tak Menghampakan

Berbudi Pada Tanah Tak Menghampakan


Assalamualaikum dan salam jumaat adinda-adinda 
Hari ni nak mengimbas sikit sebelum kaknoor sepenuhnya jadi tukang masak, hobi kaknoor jadi tukang kebun bah tanam sayur dan tomato dan segala nya sukahati je, semua nya kaknoor tanam dalam pasu je, bukan nya apa sebab suka suki je suka tengok buah nya yg banyak menjadi, asal petang mesti hati dah tak senang nak keluar rumah nak tengok pokok yang kita tanam.  Tapi sekarang ni memang takde masa langsung untuk aktiviti luar ni, yang tanam pun hanya ulam-ulam yang mudah untuk tumbuh yang tak payah di siram sangat dan pandai bawa diri masing-masing.
Best kan bila ingat sesekali aktiviti masa senggang kita time tak busy macam sekarang ni.
Jom tengok kebun kaknoor yang menghijau ni.
Rakan blogger TUKANG KEBUN mesti lebih hebat dari kaknoor kan, dalam bab tanam menanam ni sebab dia memang expert sangat, kaknoor pun tabik spring lah kat Diana..


 Geram tak tengok buah tomato kaknoor ni.


 Tomato bolat ni ada tak yg teringin haha


 Cili purple yang pedas sekarang ni benih nya dah pupus lah





Memang puas buat sambal penyet, sambal goreng, dan macam-macam sambal dengan tomato ni, insya ALLAH tunggu ada waktu teringin nak  jadi tukang kebun semula, ada tak yang suka berbudi dengan tanah disini, jom lepas ni kita buat kebun betul-betul punya, bukan kebun farmville tu takde hasil pun, lagipun ramai yg merungut Gst sana sini, jadi masa ni kita kena berjimat kan, walaupun sebenarnya Brunei takde Gst segala, tapi sesekali balik kampong memang terasa tempias Gst ni..


42 comments:

  1. wahh cantik betul tomato tu Kak Noor, saya setakat pokok kari je.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah tu janji bila nak buat kari dah boleh petik Eyra kan

      Delete
  2. Geram kak noor dengan tomato tu....setiap hari buat sambal pun takpe, selera pun bertambah-tambah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best diana, akak mmg suka tapi tulah skrg ni masa mencemburuiii

      Delete
  3. ALHAMDULLILAH KAK NOR.. MENJADI TANAMAN AKAK.. GERAM NENGOKNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mayang alhamdulillah kalau minat kan semua menjadi hati pun gumbira

      Delete
  4. Assalamualaikum Kak Noor,

    Wah hebat tanaman. Memacam ada. Mak Long pun suka berkebun. Kami tanam bendei, terong, bawang dan peria dari Kampung. Kami kena buat pagar supaya rusa tidak makan tanaman. Buah tomato hijau tu sedap digoreng dengan tepong macam kita goreng pisang tu. Kemudian cicah dengan colek, sedap bukan main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam maklong
      nampaknya maklong lagi banyak variati ni mcm2 ada best kan menanam pokok2 ni, best tu rusa dpt tangkap ke maklong sembelih je hehee, tak penah goreng tepung tomato hijau boleh try nanti trrimakasih maklongggg ya

      Delete
    2. Rusa liar datang setiap hari... memang banyak. Rusa-rusa tu hanya boleh ditembak pada musim memburu sahaja iaitu bulan Oktober-December dengan permit sahaja. Itu pun tidak boleh lebih dari yang dihadkan. Kami tak sembelih kesihan.. Fried green tomato kesukaan penduduk di sini malah disediakan dalam menu di setengah restaurant. Tomato dipotong setebal 1/2 inci kemudian celup dalam telur yg sudah dipukul sedikit. Lepas itu golek2 dengan tepung yg digaul dgn sedikit serbuk cili, garam (ikut suka sendiri) akhirnya digoreng dgn minyak dalam.

      Delete
  5. Geram pulak tengok tomato kak noor yg bulat-bulat dan segar tu... baguskan kan kak noor dapat makan tomato yg fresh macam tu..
    Saya cuma tanam limau purut, daun pandan dgn pokok kari jer kak noor.. teringin juga buat macam kak noor ni berbudi pada tanah dalam pasu ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best Yatie, kak noor pun tanam dlm pasu, tanah pun beli jugak hee syok punya pasal kan, daun pandan dan kari tu mmg tak payah belai sngt senang tumbuh kan

      Delete
  6. Waaah.... KakNoor ini dah hebat sangat dah ni. Kakak tengok pun terpegun. Kilat tak ada tanda ulat langsung tomatonya. Nak buat tomyam pun bolehlah letak bebanyak tomato ni (kakak suka). Cili purple pulak payah nak dpt. Dulu kakak beli pokok yg dah hidup dlm pasu tapi bila tiba rumah habis cili yg memula tu macam dah tak nak berbuah lagi. Adalah satu-dua aje.

    Simpan dua-tiga biji sampai masak boleh jadikan benih KakNoor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best kakzakie kalau menjadi, tapi itu lah kadang masa sangat mencemburuiii la tambahan sekarang ni ada cucu agak tersekat sikit kalau aktiviti pagi tu, mmg macam tu jugak kakzakie cili purple tu mmg kena perhatian, kena letak baja buah baru lah nak berbuah lagi

      Delete
  7. SUBUR SEGAR TANAMANNYA..TANGAN HIJAU NI...SEJUK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah hijau sngt Paridah, nanti jadi tangan hulk naya tu hehe, jgn marah nooo melawak

      Delete
  8. seronoknya menuai hasil kak..tangan sejuk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamduillah boleh lah sikit2 tapi best tengok hasil tanaman sendiiri kan

      Delete
  9. Replies
    1. thanks Nammi u can do it urself hehe...

      Delete
  10. wah kak noor..seronok tengok..montel2 nampak tomatonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. montel mcm tuan yg tanam jugak ni suri kannn

      Delete
  11. kalau dekat boleh bawak besen, mintak tomato yg molat2 segar tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. besen kecik tu bawa bakul lah kakrose senang dpt kutip ulam lain jugak ni hahaha

      Delete
  12. alhamdulillah... segar2 nampaknya tu..
    buat ulam atau salad.. makan gitu-gitu je.. sedap kan.... :)

    assalamualaikum.. salam kenal Kak Noor.. mai la singgah blog kita pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmusalam DU, salam kenal jugak tqvm singgah sini
      mmg sedap yg fresh gini mkn macam tu ja tkyah nak masak2 kan

      Delete
  13. Geramnya KN tengok tomato tu...bolat bolat lonjong lonjong cenggitu, dan dan tu OKje terus nak jadi pekebun hihi..... Tp malang sekali OKje tak minat bermain tanah ni.... takut cacinglah KN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkpe Hainom biar kak toook je yg tanam, hainom tunggu tuai je boleh kan, akak pun takut jugak cacing tapi pakai sarung tangan lah insya allah bereh tu hee

      Delete
  14. kalo Kak Noor tak tulis tomato CT ingat tu terung lalalala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Siti ingat terung!!! takkan tak nampak warna nya tu...
      btw thanks ya sudi singgah kebun kaknoor yg ala kadar je pun

      Delete
  15. Wah meleleh-leleh tengok Kak Noor punya tomato. Berkilat-kilat.
    Terbayang-bayang home-made tomato paste atau puree mesti sedap nak buat sos pasta tau untuk pizza.
    Anak-anak kecik lagi ni tak sempat nak full time dekat kebun terkejar-kejar jadi supir bila musim sekolah.
    Kak Noor punya tangan lagi greeenfingers dari Diana ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far belum pernah buat paste tomato lagi diana, selalu dok buat sambal dan yg sewaktu dgn nya saja, lepas2 ni boleh try buat paste sendiri pulak kan, dgn tangan yg green black ni diana haha

      Delete
  16. bestnya...semua tanam dalam pasu ke tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dlm pasu rohah supaya senang control baja hehe

      Delete
  17. masa mula2 kawin dulu nor menyewa rmh teres mmg ada tanam pokok tomato nilah...mmg cantik dan rendang sampai tongkatkan dgn kayu sbb lbat buah dia..cili purple juga...serai,kunyit...daun kesum...
    tapi skrg beli rmh atas...mmg tak ada lah jawabnya....

    seronoklah tgok kebun noor ni....indah dan sejuk jer mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Nor,best kan kalau kita menanam sendiri ni akak minat sangat selain memasak
      sayangnya umah Nor dah tinggi kan mmg dah tkde tanah tu nak tanam, tkpe tanam kat pasar je lah

      Delete
  18. waaahhh best la memasak kalau bahan segar mcm ni kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat best Eny dan rasa nya pasti jugak lebih istimewa lagi kannn

      Delete
  19. serius teruja tgok org rajin berbudi pada tanah.nk mkn tinggal petik ja.lg segar n tiada bhn toksid.sy ni tgn tak sejuk.tanam apa pun tak hidup.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nasib baik ni PK hidup subur ada kalanya tak jugak, tapi masa je memcemburui skrg ni busy dgn cucu

      Delete
  20. Kak Noor, kita rasa budi kita kat tanah tu tak berapa nak banyak kot. Tu sebab tanah tak balas balik. Hehehehe...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home