Bukan Soto Madura Tapi Soto Maktok

Bukan Soto Madura Tapi Soto Maktok


Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya, hari ni kaknoor nak kongsikan menu soto yang dah campur ayam dan daging, namanya soto maktok lah , kak umah kaknoor ada yang tak suka daging, tapi ada tu yang suka sangat daging, jadi kaknoor buat dua kuah lah daging dan ayam. Dan untuk sessi foto kaknoor campur ayam dan daging, dan semestinya maktok yang puuuuuunyaaa kan.

Sambal pun akak buat dua jenis, sambal merah yang biasa dimasukan kedalam bihun sup utara mari dengan sambal kicap, jadi nya ada pilihan lah siapa suka merah dan hitam.






Soto Ayam

Bahan-bahan kuah soto
1 ekor ayam dibersihkan dan direbus bersama rempah-rempah di bawah
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkeh
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

1 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 biji bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil rempah sup

Cara membuatnya
  1. Masukan bahan kisar didalam periuk rebusan ayam, rebus lagi sehingga mendidih.
  2. Masukan kicap, garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila ayam sudah lembut, keluarkan dan tos, kemudian carik-carikkan isi ayam menjadi kecil memanjang.
  4. Biarkan kuah merenih sehingga beraroma dan tutup api.

Pegedil Kentang
Bahan-bahannya
½ kg kentang dibersihkan dipotong baji dan di goreng
1 tangkai daun bawang
3 sudu bawang goreng
Sedikit serbuk buah pala
1 biji telur
2 /3 sudu tepung gandum
Garam dan minyak


Cara membuatnya
  1. Lenyek atau tumbuk kentang sehingga hancur, campurkan dengan semua bahan-bahan kecuali minyak dan telur.
  2. Bulat-bulatkan, salut dengan telur, dan goreng sehingga kekuningan angkat dan toskan.



Bahan Sampingan Soto
Ketupat secukupnya di rebus sehingga masak dan sejukan, potong.
Soon secukupnya digoreng dan toskan.
Kacang tanah goreng
Bawang goreng
Hirisan daun sup/bawang


Bahan Sambal Kicap
10 biji cili padi merah dan hijau
2 biji bawang putih
4 sudu kicap manis
3 sudu kuah soto
2 biji limau kasturi
garam dan gula

Cara Membuatnya
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih.
2. Gaul rata bersama kicap, kuah dan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula, sedia untuk dihidangkan bersama soto ayam.



Jom siapa yang belum sarapan kita sarapan ni jom!! memang lazat ni di tambah pegedil, nasi impit, kacang goreng dan segala macam tu, satu mangkok ni tak cukup kot kan hehee...



Ini lah dia cucu maktok tu kan, masa ni masih bolat lagi, skrg ni dah berjalan memang susut sikit lah badan dia tapi ok jugak tak berat sangat maktok dukong haha kannn

36 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Noor...

    Wah, pagi2 makan soto ni boleh kenyang sampai ke petang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam dan selamat petang kakcik, busy day hari ni baru ada masa berinteraksi dgn kenkawan

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Noor,

    drooling dibuatnya tengok soto ni

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam eyra, skrg masih tak drooling tu mesti dah makan yg lebih hari ni kan

      Delete
  3. adui kak nor. kegemaran saya ni....nanti ada masa nak buat jugaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan Mona berbaloii dpt makan ulang2

      Delete
  4. Replies
    1. berbunyi minta diisi lah tu yan, dah minum petan gke ni

      Delete
  5. Replies
    1. sayang nya anum jauh kalau tak dtp semangkok ni

      Delete
  6. dingin-dingin makan soto hangat hmm sedaaappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. enak bangat ni Rina soto nya di tambah sambal hitem..

      Delete
  7. Nape monyok aje tu cucu mak tok? baru bangun tido kaa... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tayang soto, tengok cucu lah pulak, mmg sedang puasa lagi ni SS kan

      Delete
  8. hidangan soto ni sesuai jugak utk tetamu yg ramai2 dtg ke rumah kita..senang membuatnya dan mengenyangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nanni kaknoor selalu jugak hidang utk tetamu tapi kena ready awal

      Delete
  9. Alaaahai....day lama betol x bust Soto...mmg sedap jamah Soto, rasa Segar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. soto di makan dgn dua sambal mmg terangkat rohah segar bugar

      Delete
  10. salam kak noor, ape beza soto yang biasa kita makan dgn soto madura nie?mana lagi best?

    ReplyDelete
    Replies
    1. soto madura yg buat di madura lah Sam hehe, tkde beza sangat rasa nya..

      Delete
  11. SOTO MAKTOK NI GERENTI SEDAP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maktok dah naik lift ni dear Paridah kan

      Delete
  12. tak tahn menengok noor..lazat cantik gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor pun rajin jugak ke dapur kan boleh try ni esuk lusa

      Delete
  13. kak noor....sedapnyeee soto tuhh...sy nk sambal yg merah tu plsssssssss....hihihiihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sambal merah pesen bihun sup utara deanna kaknoor letak sekali dalam soto ni ada pilihannn siapa yg tak suka hitem tu

      Delete
  14. Tak kiralah soto apa pun, semua kita suka. Yang kita tak berapa nak suka, kena masak sendiri. Hihihi....
    Flying kiss kat cucu Mak Tok... muuuuuuahhhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah flying kiss dah kt Iman, kata nya melekat lah kiss tu hahhaa jangan marah mama tau, perut kenyang suka hati ni biasa lah tu kan

      Delete
  15. Assalamualaikum kak noor

    sedapnya kak,feveret azie ini..
    tak toleh kiri kanan dah ini kalau menghadap soto hihi

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak noor

    sedapnya kak,feveret azie ini..
    tak toleh kiri kanan dah ini kalau menghadap soto hihi

    ReplyDelete
  17. Kak Tooook, OKje suka sangat soto ni. Kalau Open House Hari Raya kalau org hidang soto, mmg melompatlah gembiralah KN. Tambah lagi yg ada bergedil mmg makan tak hengat anaklah jawabnya.

    ReplyDelete
  18. kalau makan hidangan macam ni.. CT slalunya makan sup lebih.. isi kureng hehe..

    ReplyDelete
  19. Geramnyalah tengok pipi cucu maktok ni.

    Diana tengah stress ni sebab anak itik daging tiba-tiba dok membuli sesama mereka sampai berdarah-darah punggung.
    Rasa nak sembelih je, lagipun dah besar ada paling kurang nak dekat sekilo kut.
    Lepas tu terfikir rasanya kalau digantikan rebus ayam dengan itik buat soto boleh ke agaknya?
    Diana pula tak pernah masak itik seumur hidup pandai-pandai je nak reka-reka pula.

    ReplyDelete
  20. aduh soto sapa tak suka mmg loser la.haha sy suka sambal kicap walaupun org utara

    montoknya cucu maktok.dpt ni mmg kena baham la pipinya.budak dh ligat kan kak noor mmg slim sket

    ReplyDelete
  21. sama lah kita utara mari PK, semua sambal kaknoor suka asalkan pedas je

    ReplyDelete
  22. Assalam kak noor,
    iols pun soka sambai kicap kalo kena dengan soto
    slrup3 he3

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home