Cheesy Ball Yang Lazat..

Cheesy Ball Yang Lazat..


Assalamualaikum semuanya ya.
Malam ni kaknoor nak kongsikan resepi cheesy ball yang sangat famous suatu waktu dulu, memang tak jemu makan cheesy ball ni, tapi mesti makan di waktu panas, maksud nya selepas di goreng, bila dah lama dan sejuk cheese di dalam tu pun ikut keras jugak dan rasa nya pun agak kurang lah.
Yang baik nya bila dah nak makan baru di goreng tau baru sedapp...




Bahan nya
350 gm ubi kentang di lenyek
250 gm tepung gandum di ayak
4 biji telur
serbuk lada sulah dan lada hitam sikit
serbuk roti secukupnya
sedikit garam secukup rasa
secukupnya cheddar cheese yang di potong

Cara nya
1.  Campurkan semua bahan kecuali serbuk roti dan telur.
2.  Gaul sehingga sebati.
3.  Gentelkan ikut besar yang di ingini, masukan inti cheese dan tutup.
4.  Gelekkan di atas serbuk roti, golekkan didalam telur, golek lagi dalam serbuk roti.
5.  Buatlah sehingga habis adunan dan goreng dalam minyak yang panas tapi perlahan.
6.  Bila dah kuning angkat, tos kan dan hidang lah.




Selamat mencuba untuk semua nya.
Mesti sedap, kalau ada anak-anak mesti tak cukup ni PERCAYA LAH....


7 comments:

  1. Wow..wana penah buat dan makan.
    Memang sedap giler..anak2 buah pun laju ja makan..

    ReplyDelete
  2. SEDAPNYA BELUM PERNAH CUBA NI..

    ReplyDelete
  3. resepi yang simple dan sedap nih..

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya kak noor.. One fine day i will try to make it..ameen ;)

    ReplyDelete
  5. Nak cuba yang ni pulak..kentang tengah banyak...huhu

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home