Chocolate Strawberry Tart Pastinya Sedap

Chocolate Strawberry Tart Pastinya Sedap


Assalamualaikum dan selamat malam semuanya.
Hari ni hati suka-suka nak mencuba resepi baru yang di kirimkan oleh anak kaknoor yang dari UK tu, macam senang je, lagipun tart pan yang panjang tu dah beli lama belum pernah cuba lagi, jadi sesuai sangat lah, bila resepi yang di kirimkan tu guna pan yang panjang.  Cepat-cepat gi beli strawberry, nasib baik jugak sekarang ni musim strawberry kalau tak pakai berangan lagi lah nak buat ni. Resepi yang agak mudah jom semak jom!!




Bahan nya
Strawberry segar secukupnya
330 gm biskut oreo di hancurkan
110 gm ( 1/2 cawan ) butter dicairkan
200 gm milk chocolate
100 gm bittersweet chocolate
200 ml heavy cream
Tart Pan yang sesuai

Cara nya
1.  Biskut oreo yang dihancurkan dicampurkan dengan butter cair, gaul sebati.
2.  Masukkan adunan oreo dan butter dalam pan tart yang panjang tu, tekankan supaya rata.
3.  Letakkan dalam petiais dalam 20 minit untuk menyejukkan nya.
4.  Milk chocolate dan bittersweet chocolate di potong kecil letak dalam satu bekas.
5.  Panaskan heavy cream kemudian tuangkan heavy cream didalam bekas chocolate.
6.  Kacau sebati kemudian tuangkan di dalam pan tart oreo tadi.
7.  Susun lah fresh strawberry di atas nya, taburkan dengan sedikit badam dan sejukkan.
8.  Potong dan boleh lah di hidangkan.



Resepi baru dapat, baru cuba jadi tak sempat nak potong lagi tak sabaq nak letak dalam blog hahaha, esuk-esuk kaknoor potong boleh kita tengok sesama hasil nya nanti ya...


Insya ALLAH esuk dah potong kaknoor letak lagi cemana rupa nya ya, sekarang ni jamu mata yang besar panjang ni dulu, kadang-kadang kita takde idea nak baking apa dengan tart pan panjang ni, dah dapat resepi tak sabar pulak nak masuk blog hahaha...


19 comments:

  1. asalamualaikum..selamat malam kak.. :-))

    esok pagi yan datang lagi ..bawa pinggan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam yan, heheeee boleh bwa dua tiga pinggan pun ok hahaa

      Delete
  2. Nice..potongan dlm nya xambil gmbr yea kak noor...maklumlah stok stoberi berlambak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi sempat potong cheqda masa ambik gambar masih lembut hahaha apa2 pun tunggu esukkkk je ok

      Delete
  3. laa kak noor wani dok scroll la kat bawah takot2 ada yang dah potong hiii

    ReplyDelete
  4. sedap sangat ni masammanis strawberi bercoklat..

    ReplyDelete
  5. aduh sedapnya.kite dah la penggemar coklat.

    ReplyDelete
  6. nak buat juga nanti..
    x remeh kan kak Noor

    ReplyDelete
  7. dapnya.. resepi pun senang .. tak perlu bakar yer kak..

    ReplyDelete
  8. Salam, Kak Noor.. smlm baru lepas tngok video buat ni.. cari2 video tu balik nak tahu sukatannya dah tak jumpa.. mujur Kak Noor share di sini.. mmg rezeki.. t kasih kak Noor

    ReplyDelete
  9. tengok sedap nih.. strawberi ngan coklat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kombinasi hebat ni Eyda kan boleh try suatu hari nnt

      Delete
  10. Uish sedap ni.. dah la I suka coklat.. bak sikit

    ReplyDelete
  11. Uish sedap ni.. dah la I suka coklat.. bak sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. fav tegar semestinya ni kan syida heheee

      Delete
  12. 1pan pun boleh habis sorang sorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke diana, alolo memang fav sangat strawberry dan coklat ni kan

      Delete
  13. kat mana boleh beli tart pan yg panjang tu.dh lama cari tp xjumpa

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home