Dipanggang Pun Sodap Benda Ni Kan...

Dipanggang Pun Sodap Benda Ni Kan...


Selamat petang semua nya.  Ada tak yang pernah makan benda kat bawah ni hahaaa, kalau kat Brunei benda ni memang selalu banyak berjual di tamu atau pasar pagi ke pasar malam lah lebihkurang macam tu, tapi biasanya pasar pagi lah.  Ada yang di goreng dan ada jugak di panggang.  Masa mula datang sini memang tak pernah makan, lama-lama dah  tak dapat nak tahan makan makan dan makan hahaa, tapi kaknoor masih sedar diri benda ni tak boleh makan banyak sangat banyak lomak, kolestrol tinggi tu kan...


Ada tak yang pernah makan ni??? Jom angkat tangan ramai-ramai...
Nak masak ni pun simple sangat, di bersihkan, di perap dengan lemon atau limau kasturi lama sikit bagi hilang bau yang tak menyenangkan tu, lepas tu perap dengan jintan putih, asam jawa, garam dan gula atau madu pun ok.  Lagi lama perap lagi baik.  Dah tu masukkan je dalam pemanggang ajaib atau apa saja kuali, jangan masuk minyak lagi tau, lepas benda ni dia akan kuar minyak nya sendiri bila lama-lama di panggang, dah agak garing boleh lah di angkat dan di cucuk dengan lidi.



Dalam rumah kaknoor semua orang suka, kalau nak tau kat Brunei ni bila musim dekat hariraya atau puasa memang susah nak cari benda ni, semua peniaga pasar malam angkut banyak-banyak untuk jualan diaorang.  Masa sekarang ni memang banyak lah di supermarket, ada yang kata masak percik pun sodappppp  tau...lepas ni boleh try percik montot pulak ya hahaha..

10 comments:

  1. minta 3 cucuk :-))..tongkeng ayam kn nie

    ReplyDelete
  2. yang ini saya tak makan, entah tak rasa ingin mungkin sebb dr kecik kot mindanya berjaya diprogram oleh orang tua2, kanak2 tak boleh makan...organ dalaman macam hati jantung dan yang lain saya suka.

    ReplyDelete
  3. Kak noor teringat cheq da masih duk miri..benda alah ni cheq da selalu beli..yg dipanggang merah..sedap..teringat la plak..

    ReplyDelete
  4. Kak noor teringat cheq da masih duk miri..benda alah ni cheq da selalu beli..yg dipanggang merah..sedap..teringat la plak..

    ReplyDelete
  5. MAHAL JUGA TONGKIN AYAM KALAU DIJUAL GINI YA..SBB TONGKIN TU SATU JER PADA SEKOR AYAM..

    ReplyDelete
  6. dalam banyak bahagian ayam tu wani x makan montok jer kak noor.. hiiii agak2 kalo masuk masterchef bagi benda ni x tahu nak masak apa dah ..:D

    ReplyDelete
  7. Yang ni feveret adik bongsu rajin beli kat tamu.
    Diana tak pandai nak makan.

    ReplyDelete
  8. nampak cantik.. tapi sayang, Eyda tak makan laa kak noor..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. memang cuci mata sungguh la datang sini.. seksa jiwa ahaha..

    ReplyDelete
  10. Kalau kat Sabah..selalu makan benda ni kak.. memang di jual di pasar2 malam.. selalu nya dipanggang..:)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home