Iman Disana Disini Disinunnn...

Iman Disana Disini Disinunnn...

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya.  Hari ni hari yang sangat sibuk, banyak yang perlu di uruskan, jadi stop dulu gambar makanan,  jom layan gambar cucunda kaknoor dulu lah ya.

Dulu-dulu masa anak-anak kecik kita tak sempat nak rakamkan setiap hari masa anak-anak sedang membesar tu, mungkin kerana kesibukan menguruskan rumah tangga jadi masa memang terhad untuk mengambil gambar segala kan, lagipun dulu taklah secanggih sekarang ni, masing-masing setiap masa berkepit dengan hp jadi mudahlah untuk merakamkan gambar-gambar apa saja dan dimana jua. Sama jugak dengan kaknoor hari-hari mesti ada gambar cucu dirakamkan bila dah beres urusan dapur.  Masa kecik macam ni apa saja yang diaorang buat nampak manisss saja kan, mesti ramai yang sokong kaknoor kan. Jadi hari ni jom layan gambar cucunda saja ok, macam-macam aksi dan gaya cucunda Abdullah Iman yang sangat mahal dengan senyuman, rasa nya satu pun takde yang Iman senyum dalam gambar ni kan......

12 comments:

  1. asalamualaikum kak...iman senyum lah sikit...macam mak tok ..murah senyuman :-))

    ReplyDelete
  2. Alolo...comeynya. Seronok tengok cucu noor sentiasa ada depan mata. Boleh tengok masa dia suka dan duka dan yang paling seronok boleh tengok dia membesar.

    Cucu kak zai nunnn...jauh kat UK nasib baik balik tiap tahun.Mommy minah saleh hihi...

    ReplyDelete
  3. Alolo...comeynya. Seronok tengok cucu noor sentiasa ada depan mata. Boleh tengok masa dia suka dan duka dan yang paling seronok boleh tengok dia membesar.

    Cucu kak zai nunnn...jauh kat UK nasib baik balik tiap tahun.Mommy minah saleh hihi...

    ReplyDelete
  4. Comelnya cucu Kak Noor. Kalau senyum sikit ni, aunty rasa mesti lagi comel. Cair hati pembaca di luar sana tau...

    Betul tu, Kak Noor. Zaman sekarang berbeza dengan zaman saya kecil-kecil dulu. Saya rasa gambar anak-anak saya jauh lebih banyak daripada gambar saya masa kecil yang ada dalam simpanan. Dulu mak sibuk menguruskan anak yang ramai, takda masa nak selfie wefie bagai. Zaman tu pun kalau nak ambil gambar kena pakai kamera. Smartphone manalah adakan....

    ReplyDelete
  5. sangat comel kamu ni iman, geram untie tengok.

    ReplyDelete
  6. Iman muka dah handsome, senyum sikit :D

    ReplyDelete
  7. mesti best layan cucu, kan k noor? :)
    anak2 sy pun semua dah sekolah,tumpang melayan anak2 buah je skrang ni..
    abdullah iman kna praktis senyum ni..tp x senyum pun, tetap hensem!

    ReplyDelete
  8. ya Rabbi...comel sangat ni...

    ReplyDelete
  9. Iman situ sana sini! Comelnya dia :)

    ReplyDelete
  10. cucu ada sorang jer ke noor
    emmm patutlah di sayangi..
    tomeeiii jer iman ni

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home