Kuih Talam Pandan Azie Pertama Kali Cuba

Kuih Talam Pandan Azie Pertama Kali Cuba



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya, selamat berhari minggu dan bersantai bersama keluarga tersayang.  Hari cuti tak payah nak beratkan minda dan kerja macam-macam kan, rilekss lah setelah kerja yang non stop everyday kan, bagi surirumah lah kan, redho dan sabar insya ALLAH ada kemanisan di ujung nya.  

Semalam mencuba-cuba kuih tradisi ni yang pertama kali kaknoor buat, selama ni selalu dok try kuih moden je, sesekali teringin nak merasa kuih tradisi yang terjumpa kat blog AZIE, thanks Azie kaknoor kongsikan di blog kaknoor jugak ya..


Sebenarnya nak try loyang baru jugak tu, yang beli nun jauh disinun belum try, memang mudah pakai loyang ni tak payah letak minyak atau planta sebab ia nya silikon jadi memang tak melekat langsung, kat tengah tu sengaja di kosongkan supaya senang nak keluarkan kuih ni.




Kuih Talam Pandan
Cuba oleh: Azie Kitchen

Try oleh kaknoor

Bahan-bahan (15 org=2 loyang)

Lapisan Bawah Hijau (A)
1 1/2 cwn gula
2 1/4 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung gandum
5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 sb air kapur

Lapisan Atas Putih (B)
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 sb tepung jagung
1 sk garam

Cara-cara
Campurkan semua bahan A. Kacau hingga tak bergentel dan tapis. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sehingga naik wap dan gula hancur.

Isikan dalam acuan yg telah disapu minyak. Kukus hingga masak dalam 15-20 minit bergantung kepada saiz bekas. Saya kukus hampir 1 jam lamanya.

Campur semua bahan B. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.

Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata. Atau dilap tudung pengukus setiap 5 minit sekali.

Biar betul betul sejuk baru potong, jika boleh menggunakan pisau plastik. 

Nota:
Utk rujukan sendiri, kuih ini sangat sedap cuma lapisan atas perlu dibuat 2 adunan atau 1 1/2 adunan supaya nampak lebih seimbang ketebalan lapisannya.





Biasa lah first time buat kuih talam ni memang lah tak perfect sangat kan, Nampak tak lubang-lubang kat lapisan putih tu, tapi alhamdulillah sedap dan dah tak mimpi kuih talam atau tepung talam dah lepas ni...

11 comments:

  1. asalamualaikum..selamat pagi kekanda :-))
    sarap talam kak noor ye pagi nie...yan sarapnasi goreng kg ...yan ambik resepinya..yan pun tak lulus2 buat talam nie :-P..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam yan, nasi goreng pun sodap jugak yan layan je, amik mensti jadi punya ni

      Delete
  2. selamat pagi kak noor.. wahhh cantik menjadi kuih talam kak noor dengan loyang tu.. tk perlu potong dah kan.. kat sini tak perlnah jumpa.. beli kat london ka hehehehe...

    anyway resepi dr blog kak azie mmg sedap dan menjadi.. saya dh cuba resepi kuih kaswi kak azie.. sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menjadi Eny, cuma kat atas tu macam ada jerawat sikit kan, tak perlu potong sbb dia punya divider boleh di angkat dan di tekan je supaya putus , of coz kat london hehee

      Delete
  3. Wah kak noor..jauh di sinun tu di mana yea..hihihi..mmg sedap nmpk kuih talam ni...

    ReplyDelete
  4. di obersea cheqda, macam2 beli acuan tapi buat nya belum ni lah dok try2 sikit2

    ReplyDelete
  5. Lama tak buat kuih talam. Kali terakhir dulu rasanya buat talam labu.
    Wah sedap ni dengan kopi panas.

    ReplyDelete
  6. k noor, biar pun k noor kata x perfect, sy dah terasa rasa kesedapan kuih talam ni :)
    sy respek org2 yg rajin buat kuih tradisi..gigih!
    like! utk loyang tu..cantekk hehehe

    ReplyDelete
  7. kuih talam.. sedap tuh.. walaupun rupanya kureng comel bak kata kak noor, tapi rasanya mesti sedap..

    ReplyDelete
  8. sukaaaa !! asal ada rasa pandan laju jeee CT makan.. kek chiffon pandan besar tu bleh habis sorang.. manalah x debab ahahaha..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home