Laksa Kedah Ku Tanpa Belacan

Laksa Kedah Ku Tanpa Belacan

Selamat malam untuk semua nya.
Mesti waktu ni semua dah makan malam kan, tapi kalau masih rasa kosong je perut boleh lagi makan laksa kedah ni kan!!!  haha memang kalau makan laksa perut ni tak kenyang lama, tapi kalau dah makan nasi dulu, makan laksa lagi wah baru best ni kan...

Jom jangan tunggu lama-lama tak baik kan hidangan dah depan mata yuk jamu mata..


 Bahan Kuah

1 kg ikan kembung/tenggiri di rebus/ ambil isi/ kisar ( simpan air rebusan ikan )
20 biji cili kering dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum
5 keping asam keping
Garam dan gula/ serbuk perasa


Cara memasaknya
1.    Masukan isi ikan yang telah di kisar dalam periuk yang berisi air rebusan yang sudah di tapis terlebih dahulu.
2.    Masukan jugak asam keping, bahan kisar, daun kesum, bunga kantan dan air secukupnya.
3.    Masaklah sehingga mendidih tambahkan garam dan gula sikit atau serbuk perasa.
4.    Kuah laksa yang sedap tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
5.    Seeloknya kuah laksa dimasak sehari sebelum di makan baru terasa kelazatan sebab dah mesra semua bahan-bahan tu.

KUAH NI MEMANG TAK LETAK BELACAN TAPI TETAP POWER


Bahan sampingan
1 bungkus laksa/ rendam sehingga lembut /rebus dan tos kan
1 biji timun
1 biji  bawang besar
1 kuntum bunga kantan
Secekak daun selom
10 biji cili padi

4 biji telur di rebus
Beberapa biji limau kasturi/nipis

Cara menghidang

1.    Masukan laksa yang sudah di rebus kedalam mangkok, letakkan bahan sampingan yang telah di hiris halus, telur dan limau.
2.    Tuangkan kuah secukupnya di atas laksa.
3.    Sedia untuk di nikmati.




Ada yang tergoda moda tak ni hehee
Tuan umah nak menjamu selera dulu ya..
Happy sunday untuk esuk ya..

9 comments:

  1. Bukan lagi tergoda Kak Noor... rasa nak terkam jeww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa bersabar Amie, jangan lah terkam kang tumpah kuah laksa tu hahaa

      Delete
  2. teringat dialog s kadarisman dalam seniman bujang lapok.. "kenapa kau masakkkk tak letak belacan????".... Keh Keh Keh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiiii ingat lagi SS dailog tu ke?? kaknoor jawab ya hahahaa sebab boss kaknoor ni tak suka belacan hahaa busyuk kata nya jadi terpaksa berkorban lah tak letak belacan, tapi alhamdulillah lebihkan ikan msti sedapp

      Delete
    2. ooo patut laa kak Noor tak letak belacan.. save satu bahan..

      Delete
  3. Hmmm...sedap tu air tgn asli org kedah

    ReplyDelete
  4. laksa dan belacan tak dapat dipisahkan...pecinta laksa
    :-))
    yan makan laksa tak puas pakai sudu...mesti pakai tangan...

    ReplyDelete
  5. sedap tu laksa.. tetiba rasa nak masak laksa plak bila tengok laksa kak Noor nih..

    ReplyDelete
  6. my favvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv 4everrrr

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home