Lepat Pisang Resepi Bonda Cik Mat Sedap

Lepat Pisang Resepi Bonda Cik Mat Sedap

SELAMAT petang semua nya..
Dah ada menu petang ni?? kebetulan pisang patah baru - baru ni, terus tebang dan buat goreng pisang, buat pengat dan macam-macam pisang lagi. Hari ni buat lepat pisang pulak, sayangkan daun pisang jugak tu maka nya jadi lah lepat pisang, terimakasih CIKMAT GEBU  kaknoor minta izin letakkan resepi di blog kaknoor ya, sebenarnya kaknoor hanya guna setengah je dari resepi asal sebab yang makan ni tak ramai berdua je pun, anak-anak memang tak suka sangat.



Kak noor hanya guna separuh je daripda resepi cikmat ni, sebab banyak sangat lah kalau 700 gm pisang kan.
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 700 gram pisang emas/ pisang kapas, buang kulitnya
  • 70 gram gula melaka, hiris halus
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa berkulit basah)
  • 3/4 camca teh baking powder
  • 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong pada saiz yang sesuai
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek pisang tadi bersama gula melaka, sedikit garam dan baking powder hingga halus. Masukkan kelapa dan gaul rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan kukusan. Ambil sehelai daun pisang yang telah disiapkan awal tadi. Letak 2 camca besar adunan di tengah2 daun pisang dan ratakan. Bungkus seperti biasa anda membentuk lepat pisang. Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Menghasilkan 16 - 18 biji kuih bergantung pada saiz. 

Sedap sangat pisang di buat lepat macam ni megundang selara jugak ni...
Jangan lupa mencuba tau mesti menjadi

10 comments:

  1. Lapor tengok lepat pisang petang hari ni Kak Noor.. :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak yati...lagi2 gambarnya yang penuh godaan..seksi je nampak lepat pisang tu.. :-p

    ReplyDelete
  3. LEPAT PISANG MKN PETANG ATAU PAGI SEDAP JER..

    ReplyDelete
  4. sedap nih makan lepat pisang di petang hari..

    ReplyDelete
  5. lsedapnya...lepat pisang yg mak saya buat, ada inti kelapa kt tengah2, dah jarang jumpa...

    ReplyDelete
  6. lama tak makan..tak pernah buat...resepi warisan melayu..ruginya klau tak tahu dan mencuba kan....

    ReplyDelete
  7. Selain pisang... Lepat ubi pon sodap...

    ReplyDelete
  8. Walaaa Kak Noor... lepat pisang nih bisa kembalikan nostalgia lalu.... windu kat air tangan mak!

    ReplyDelete
  9. Kak noor...ni kegemaran sy ni....sedapnye kalau mkn panas2

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home