Masak Lemak Pisang Muda Dengan Ikan Sepat Masin

Masak Lemak Pisang Muda Dengan Ikan Sepat Masin

ALHAMDULILLAH hari ni siap awal masak terus update, cepat macam kilat kan, takpe tumpang ada masa kan, teringin sangat nak makan lemak pisang muda ni, dua tiga hari lepas hubby tebang pisang di belakang umah, ingatkan lepas tebang tu nak masak lemak, sibok kesana sini, sampai pisang dah hampir nak masak, nasib ada lagi yang masih hijau, cepat-cepat kak noor kupas dan masak ni, kalau pisang dan kuning memang tak boleh buat dah kan, alhamdulillah yang sedang-sedang lah masih belum manis lagi, kalau makan dengan nasi putih memang terlajak laris ni.

Sebelum ni memang dah masak pisang lemak ni, tapi dengan ikan kurau, kali ni kaknoor tukar pada ikan sepat masin sebab itu je yang ada, rasa nya yg sepat masin ni lebih ok kot haha...






Resepi : Lemak Pisang Muda Dan Ikan Kurau Masin
Sumber: Bicara Kak Noor

Bahan - bahan

3 biji pisang muda
1 cawan santan pekat
1/2 sudu lada hitam tumbuk
3 biji cili hijau di belah
1 keping asam keping
2 ulas bawang merah
4 - 5 hiris ikan masin kurau di rendam dulu
daun selasih secukupnya
garam dan sedikit gula
boleh gantikna belimbing dengan asam keping

Caranya

  • Kupaskan pisang muda dan potong lah ikut ketebalan masing-masing.
  • Tumbuk lada hitam dan bawang merah.
  • Masukan santan pekat dalam periuk, tambahkan bahan tumbuk dan kalau perlu tambahkan sedikit air.
  • Sudah santan mendidih masukan pisang muda dan asam keping dan masak sehingga pisang lembut.
  • Tambahkan ikan masin, daun selasih dan cili hijau, rasa dulu kalau dah masin tak payah tambah garam lagi tapi kalau tawau je rasa boleh lah tambah garam dan gula sikit,
  • Lepas tu boleh lah ditutup api dan sediakan nasi panas - panas memang terangkat.



Bagi orang V macam kaknoor memang suka makanan macam ni, tapi bagi orang bukan V agak kureng suka kot,  tak kisah lah kita buat apa yang kita suka kan, sama jugak dengan anak-anak kat sini, untuk gantikan lemak pisang ni, kaknoor dah masak kari ayam untuk anak-anak, supaya nanti di meja makan takde yang masam muka takde benda nak makan kan heheeeee....
Adik-adik semua ada tak pernah macam tu, bila kita masak tapi takde yang suka!! mesti frust sangat kan...


26 comments:

  1. Adui kak. ni yg nak cuba buat ni. pisang apa yg boleh dibuat masak mcm ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisang yg ni nama nya pisang sabah, tapi kalau kat malaysia nama nya pisang lain kot, rasa nya pisang yg utk kita goreng tu boleh kot, pisang awak nama nya kalau tak salah kaknoor MOna

      Delete
    2. memang nak trylah kak nor. tak pernah buat masak lemak pisang ni. ikan sepat dah ada kat rumah

      Delete
    3. mesti cari pisang muda lah Mona, cepat buat sbeelum ikan sepat habis kena goreng hehehe

      Delete
  2. yan suka pisang masak macam ni..ada ikan kering...lagi btambah nasi :-))...yan biasanya guna pisang 40 hari yang muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisnag 40 hari tu cemana yan, kaknoor nama pisang ni mmg kalah sikit tau tunjuk2 pisang je nama dono lah

      Delete
  3. aduh, nampak terliur wana tengok tu kak..lapar dah ni belum lunch lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni lunch terlebih makan la pulak wana..

      Delete
  4. Replies
    1. menu orang lama mmg sedap paridah hehee sndiri buat sndiri yg angkat

      Delete
  5. Adusssss... Terliur dah nih... Dah laa puase.... Adeiiii.... Lambat plak nak buke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah rajinlah SS puase ke ni ganti ke sunat ni hehee nyibuk je kan akak ni

      Delete
    2. kalau rajin mesti puasa ganti kat kak Noor.. SS nanti masak utk berbuka ye.. nak temankan pun jauh..hehe

      Delete
    3. kaknoor pun tingin nak temankan SS kalau SS masak lagi tingin nak makan kan Syida hehe

      Delete
    4. ehh..sy pon nk tumpang gak laa kalau kak noor nk mkn ngn diorang...nmpk x menyebok....hhahahah

      Delete
  6. Wah tukang kebun tengah tunggu pisang lemak manis nak masak ni.
    Terliur-liur tengok lauk Kak Noor nanti nak cuba gak, mesti bertambah-tambah sebab ada ikan masin dengan nasi panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisang lemak manis lagi best kot diana, yang kaknoor buat ni pisang sabah, pun boleh tahan lah habis lah nasik dua tiga pinggan jugak haha

      Delete
  7. Pisang apa boleh masak ni ye Kak Noor? pisang biasanya ada yg jenis kelat skit bila muda kan.. Kalau yg kelat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pisang yg tak kelat Syida guna pisat tulah, kalau kelat mmg tak sedap lah, kang jadi masak lemak kelat pulak..

      Delete
  8. Kalau mak saya kan KakNoor dia gunakan pisang lemak manis....mak selalu buat campur ikan bilis jer...
    saya mengulai lemak ni selalu failed..sbb terlupa nak kacau..nnt bertaikminyak gulai lemak saya tu..
    nak suruh mak masak campur ikan masin lah nnt...nk tulis komen ni pun dan menelan air liur dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap lah aini pisang lemak manis, tapi kalau letak ikan masin lagiiii sedap tau, try lah suruh mak aini masak, mesti anak kesayangan ni kan asyik nak suruh makkkkkkkkkkkkk je

      Delete
  9. assalamualikum noor

    nor suka sgt masak ala kampung2 ni....pyh nar nak dpt tau...

    ReplyDelete
  10. tak tau plak pisang muda leh masak cenggini....leh cuba ni nanti....sy suka bila cmpur ngn ikan masin...mau berpinggan sy mkn ni nnti kak noor hahahahha

    ReplyDelete
  11. tak pernah rasa lagi.. tapi gulai kari pisang muda pernah.. rasa cem makan ubi hehe..

    ReplyDelete
  12. Assalam kak noor,
    ish3
    kecur ayor liur iols
    sob3
    kat rumah ada ikan masin talang
    boleh kot kan kak oor he3

    ReplyDelete
  13. salam k noor, lama sy x snggh sini..

    sy x prnh makan pisang yg dimasak..biasa makan pisang gitu2 aje..apapun, gambar pisang masak lemak k noor tu, sangat menduga keimanan hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home