My Curry Puff Giant Bakar Sedap Dan Ranggup

My Curry Puff Giant Bakar Sedap Dan Ranggup

Selamat petang untuk semua nya. Bagi yang berpuasa tak lama lagi kan nak berbuka puasa, disini magrib 6.30 petang.  45 minit lagi ni. Jom layan gambar curry puff giant ni, gara- gara lebihan pastri.





BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada  ayam atau daging  di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging 
sedikit jintan putih serbuk1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari dihiris/daun sup dihiris
Garam dan gula secukup rasa 


BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, jintan putih, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga kering air dan tutup api.



Sebenarnya kaknoor guna lebihan dari pastri puff kawan tu, ada order buat portugese egg tart baru ni, lebih tiga keping pastri ni, jadi kaknoor sambong 3 keping tu dan gelek kan bagi nipis, dan letak inti karipap yang kebetulan memang dah stanbye dalam frezer untuk karipap pusing.  Maka jadi lah curry puff besar ni.  Tapi terpulang lah pada adik-adik semua kalau nak buat yang kecil pun ok.  Lepas di gelek pastri ni bulatkan dengan gelas or cawan dan letakkan inti dan kelim macam biasa.  Yang best curry puff ni di bakar jadi nya tak lah berminyak sangat kan..




SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA ...


8 comments:

  1. Besar betul...kat sni susah cari kulit puff :-))...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke yan, dekat supermarket banyak ni puff pastri ni

      Delete
  2. wahh! akak..! besornyaaa... dan nampak sedap! :))

    ReplyDelete
  3. Mak Long biasa buat banyak-banyak kemudian dibekukan. Kami berdua aje jadi bila-bila teringin baru goreng atau bakar 4-5 keping. Buat sikit rasa tak berbaloi.

    ReplyDelete
  4. memang besar.. nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  5. Alaa kak...nk jugakkk..sedapnyeeeee...nsb baik xngidam adehhhh hahaah

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home