Nutella Tart Pod Pasti Sedap

Nutella Tart Pod Pasti Sedap


Assalamualalikum dan salam manis macam nutella untuk semua nya.
Semalam letak resepi ni kat Fb dan Pages ramai sangat sambutan, jadi nya hari ni letak kat blog lagi sekali, sebenarnya dalam blog memang dah ada lama, jadi hari ni kaknoor repost lagi sekali lah, resepi nya sama cuma gambar nye je di tukar, sebab kalau sekali shooting tu memang lebih dari 10 keping, jadi akak pilih yang belum di letak dalam blog lah, hahah kan nak mencari yang terbaik, terpaksa lah berkorban masa dan tenaga sikit.






BAHAN-BAHAN NYA
150 gm tepung gandum
25 gm gula icing
70 gm mentega sejuk
1 biji telur di pukul dulu
1/2 sudu esen vanilla
nutella secukupnya

CARA NYA
1.  Gaul tepung dan gula icing masukan mentega yang telur, kacau sehingga jadi seolah-olah macam serbuk roti.
2.  Tuangkan esen vanilla dan masukan telur sedikit demi sedikit, seeloknya telur di pukul dahulu.
3.  Gaul sehingga menjadi doh dan perapkan sekejab.
4.  Untuk membuat bentuknya, masukan sedikit-sedikit adunan dalam acuan mini muffin, tekankan dan buatlah sehingga habis adunan.
5. Bakar pada suhu 150'C  selama 25 minit kemudian sejukkan.
6. Masukan nutella dalam piping beg dan picitkan lah di dalam tart tadi.
7. Sedia untuk di hidangkan, atau jika suka sejuk boleh lah di masukkan dalam petiais selama 15 minit .
8. Memang sangat sedap tart ni sebab bila kita letak dalam acuan mini muffin tu, crust nya agak tebal jadi sangat sesuai dengan nutella yang agak banyak jadi balance lah.




Sebenarnya Fb kaknoor memang dah penuh, dah tak dapat add, tapi kekadang ada jugak yang unfriend, tak kisah lah tu, sebab dapat masuk kawan baru kan, tapi untuk cepat boleh lah ke pages kak noor dan sudi2kan lah LIKE  disana ya

8 comments:

  1. Kak Noor..bagaikan terasa kesedapan dalam mulut ni..:)

    ReplyDelete
  2. minta sikit kak....tabur kacang kisar atasnya...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...tp nk mencuba masih di tahap minimum lg kak noor

    ReplyDelete
  4. biskut ni dah mula popular tahun lepas kan kak noor..wana belum cuba buat lagi tapi nampaknya menarik tu..

    ReplyDelete
  5. ni masuk dlm mulut 10 biji pun tak sedaq ni kak noor... sedap nampak

    ReplyDelete
  6. comel sangat nutella pod ni..buat juadah kudap2an ms bday party anak2 mmg sesuaii sangat, kan knoor? ^^

    ReplyDelete
  7. dah meleleh air liur nih.. nak skit kak noor..

    ReplyDelete
  8. kecik2 ni bahaya.. tau2 separuh balang abes ehehehe.. Kak Noor.. mai la send sikit
    kat penang ni lalalala...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home