Roti Filling Sos Spaghetti Bercheese

Roti Filling Sos Spaghetti Bercheese



Assalamualaikum dan selamat pagi, semoga adik-adik blogger sihat walafiat hendaknya.
Pagi ni kaknoor nak kongsikan resepi simple lagi, gara-gara ada lebihan sos spaghetti.
Jom tengok resepi yang sangat mudah ni.  Mesti benda ni dah ada kat rumah kan, jadi kalau sibuk-sibuk tu ini lah resepi nya kan...




Bahan nya
beberapa keping roti
lebihan kuah spaghetti bolognese
cheddar cheese parut
sedikit parsley atau oregano

Caranya
Memang senang sangat nak buat ni.  Ambil beberapa keping roti, letakkan lah lebihan kuah spaghetti kat atas, roti,  taburkan dengan cheese cheddar parut, dan letakkan jugak sedikit parsley or oregano kat atas nya dan bakar lah.  Boleh jugak sehingga cheese tu cair, tapi kaknoor suka setakat cheese melekat kat roti je, tak mau cheese terlalu cair.  Terpulang la fav sendiri kan.  Lepas tu dah boleh makan panas-panas sedappp...



Ni sebab garu-gara terlebih buat sos spaghetti tu, sayang spaghetti dah habis, jadi kuah nya masih banyak, kebetulan ada roti dalam petiais so kaknoor buat lah macam ni, lagi laris dari spaghetti tau!!! Selalu kaknoor buat spaghetti tak sempat nak ambik gambar, ada saja halangan nya, insya ALLAH nanti kena buat spaghetti time tak sibuk baru boleh ambik gambar..


19 comments:

  1. Waalaikummussalam Kak Noor...

    Pagi ini kakcik goreng mihun 'kosong' je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bihun polos lah tu kakcik sedapppp jugak tu

      Delete
  2. makan roti sumbat jer apa yg ada mcm2 style sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg nak makan kan apa yg ada kat umah boleh aja kita letak kat roti tu..

      Delete
  3. Kak Noor tak pernah kering idea ada aje nak buat hidangan bukan aje mudah tapi cantik dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 sayangkan benda2 tu lah dok fikir cemana nak bagi habis jugak kan kakzakie, kalau tak mmg kena b uang lagi sayang, biar buang dlm perut tkpa haha

      Delete
  4. adusss rasa cm nak ambik satu sumbat mulut je hahahahhaha sedapppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dpt Eny ambik mmg nak kasi dah tu Eny biar kaknoor tak makan pun tkpa haha

      Delete
  5. menarik menu kak noor nih.. boleh cuba laa nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu simple2 sangat ni Eyda boleh try kalau tk pandai tak tau lah kan

      Delete
  6. boleh ler cuba lain kali nie...pagi tadi saya buatkan roti sapu kaya shj utk anak bawak ke sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak roti sapu kaya tapi kalau selalu kdg cari kelainan sikit kan Nani..

      Delete
  7. sangat mudah disediakan. boleh cuba ni. lama dah cheese nak masuk dalam rumah. hehehehe

    ReplyDelete
  8. so sedappppppp la k noor! roti ade kat rumah, mesti cuba lah resepi ni nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Sam mmg cepat laris kalau buat macam ni, dah ada roti jgn tunggu lama2 sngt ..

      Delete
  9. wah kak.noor .. tetiba teringat nak buat.. lama dah x buat . hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Wani sbb syangkan benda2 maka jadi lah resepi macam ni hehe

      Delete
  10. waalaikummusalam...saya sihat
    akak bg mana?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home