Tart Nenas Yang Paling Sedap Dan Gebu Resepi Liza Pg Brunei

Tart Nenas Yang Paling Sedap Dan Gebu Resepi Liza Pg Brunei


Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua nya.
Pagi ni sekali lagi kaknoor nak kongsikan resepi tart yang sangat sedap, yang selalu kaknoor buat dan mendapat sambutan yang sangat hebat.  Jom tengok resepi ni ya, memang banyak guna bahan dan tepung tapi berbaloii sebab hasil nya memang tak menghampakan.

Liza Pg memang seorang chef yang hebat, apa saja makanan yang dia masak memang selalu di tunggu oleh anak-anak akak kalau kerumah nya termasuk tart nenas ni memang sedapp, tak percaya boleh cuba.






Tart Nenas

Bahan-bahannya

250 gm mentega
300 gm tepung gandum
90 gm tepung kastad
90 gm tepung jagung
¼ sudu kecil baking powder
50 gm gula icing
2 biji kuning telur
2 sudu susu pekat manis
2 sudu susu tepung


Cara membuatnya
1.    Satukan  tepung gandum, tepung kastad,  tepung jagung, susu tepung,  gula icing dan baking powder, ayak dan ketepikan.
2.    Campurkan susu pekat manis dan telur.
3.    Masukan mentega didalam bekas tepung, ramas-ramas kan sehingga rata, masukan adunan susu dan telur.
4.    Gaul rata dan uli sehingga sebati.
5.    Ambil sedikit adunan, letakkan jem nenas didalam nya, dan buatlah bentuk bujur, gunting tak putus di atas nya, griskan dengan kuning telur dan bakar pada suhu 220’C selama 20 – 25 minit.

6.    Sedap dimakan diwaktu sedang-sedang panas gebu sangat.

Disini kaknoor buat bentuk bunga terap dengan acuan bunga, letak dalam cup kertas, letak jem nenas, picitkan sedikit adunan utk tutupkan nenas tu supaya bila kita bakar tak terlalu keras jem nya.




Alhamdulillah memang sedap dan lembut tart ni, boleh try nanti untuk hariraya pada yang rajin mencuba resepi-resepi baru, tahun ni cuba semua nya kita try buat sendiri untuk elakkan gst yang beratus-ratus kan betul tak??


28 comments:

  1. cantik tart nenas bentuk gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba2 buat tart bunga ni P biasa nya I buat yg bentuk nenas tu ja

      Delete
  2. suka tart nenas.. memang layan klu makan.. sat ja habis t.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor dulu2 mmg tak suka tart ni tapi skrg sejak pandai buat jadi suko lah pulak

      Delete
  3. Terima kasih noor kongsi resepi nanti kak zai c/p untuk simpanan. Hari raya boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih noor kongsi resepi nanti kak zai c/p untuk simpanan. Hari raya boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kakzai, cuba resepi ni mmg berbaloiii tau

      Delete
  5. comey lotehnye....selalu saya main short cut jer kak, main gulung-gulung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak malas nak gulung buat cam ni senang gak diana

      Delete
  6. comel..suami suka kuih tat ni..nnti boleh cuba..

    ReplyDelete
  7. kak noor tayang buat terliur lak .. memang favorite la tart nenas nih.. insyaAllah kalo rajin nak raya ni nak buat hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgnlah kalo rajin mesti rajin wani hahaha

      Delete
  8. kalau raya ..tart nie yang dicari dulu... :-))

    bila jem termasuk gigi berlubang..aduhai ..sendiri mau ingat :-))

    ReplyDelete
  9. wah gebunya tart...sebalang boleh abis kat saya sorang je kalau macam ni :-)

    ReplyDelete
  10. feveret sy ni kak noor. kalau ry mmg cari tart nenas dulu.

    ReplyDelete
  11. Assalam. TErima kasih kak noor, kongsi resepi. Dah lama saya cari resepi jam tart yg sedap. Tak pernah lagi buat bubuh tepung kastad. InsyaAllah nak cuba. Terima kasih lagi sekali =).

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Noor..tengok gambar pun dh membuka selera...sedapnya..nk tanya sukatan 2 sudu tu sudu besar @ sudu teh...tkasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudu besar eeda sorry ya terlupa nak tulis

      Delete
  13. Terbaiklah perkongsian ini !

    ReplyDelete
  14. Terbaiklah perkongsian ini !

    ReplyDelete
  15. Sedapnya. saya peminat tart. tadi google terjumpa blog sis ni :)

    ReplyDelete
  16. antara kuih raya favorit selain samperit.. ahhh sedapnya

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home