Telur Terubok Masin Goreng Dengan Belimbing & Asam

Telur Terubok Masin Goreng Dengan Belimbing & Asam


ASSALAMUALAIKUM dan salam manis untuk semua nya.
Hari ni lagi busy day sebab esuk ada majlis makan-makan sikit kat umah kaknoor, untuk meraikan anak kaknooy yang dah habis belajar, dan sekarang dah pun mendapat title Dr. Faezah, jadi untuk itu, akak just panggil saudara suami, kenkawan akak dan kawan anak-anak lah yang datang, saudara kaknoor mana lah ada di Brunei ni kan, takpe lah saudara pak haji Naim saudara kaknoor jugak kan., jadi dek kerana bizian yang teramat sangat tu, makan pun simple dimple, hari ni goreng telur terubok masin dengan asam dan belimbing, disamping sambal bacan dan sayur.  Pengalas perut untuk hari ni, esuk baru lah makan becaq sikit hehe...







Bahan yang di perlukan
1 pasang telur ikan terubuk di rendam 30 minit
1 biji bawang besar di hiris 
5 biji cili padi di hiris kasar + scotch bonnet cili
1 biji tomato di hiris bulat( ganti dgn belimbing 6-7 biji)
1 sudu air asam jawa
gula dan minyak secukupnya


Proses membuatnya
1. Panaskan kuali masukan sedikit minyak goreng telur ikan sehingga kekuningan.
2. Tos kan telur ikan dan ketepikan.
3. Tinggalkan baki minyak goreng telur kira-kira 2 sudu makan, dan masukan bawang besar.
4. Goreng sehingga bawang layu, masukan hirisan cilipadi dan belimbing, gaul rata.
5. Masukan air asam jawa dan sedikit gula sebagai perasa dan kacau biar sebati.
6. Curahkan adunan bawang ke atas telur ikan terubuk dan boleh lah di nikmati bersama


 

Ada tak yang pernah makan telur terubok ni, rasa nya kat Sabah dan Sarawak memang banyak telur ni, tapi mahal nya YA AMPUN.....sebenarnya telur ni dah dalam tersimpan dalam petiais terlupa nak masak sebab tak nampak dek terlindung oleh makanan lain, jadi time busy ni boleh lah goreng-goreng je nak cepat kan.

Kalau tak caya telur ni memang sedap, masak lomak pun sedap, pilihan di tangan anda samaada nak goreng atau dilomak kan telur ni...


9 comments:

  1. tak pernah makan lagi telur ikan ni..sedapnya...mkn lak dgn sambal belacan..perghh..

    ReplyDelete
  2. erm, nampak sedap tu kak noor..tapi telur terubuk ni sangat mahal..wana x penah makan lagi..

    ReplyDelete
  3. baru jer mggu lepas sy masak telur terubuk masin nihh...sedapppp...hehehe...kt kpg sy byk ikan nihhh

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan telur ikan kak noor.. hiii raso macam mano la tu.. nampok sedapp

    ReplyDelete
  5. Okje tak pernah makan telur terubuk masin ni KN. Tak pernah jumpa.
    Sekali baca, okje bayangkan telur itik masin digoreng....sebab selalu rebus jer hihi.... Lama lama baru dpt tangkap, Telur masin Ikan Terubuk

    ReplyDelete
  6. kalau nk mkn telur terubuk masin kena oder dari sabah r sarawak ni..

    ReplyDelete
  7. telur asin...nyam-nyam. Bikin tambah gurih pada masakan.

    ReplyDelete
  8. pernah makan...telur terubuk masak asam pedas:-))

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home