Almond Slice Waffle & Green Chocolate Topping

Almond Slice Waffle & Green Chocolate Topping


Assalamualaikum dan salam manis jugak selamat petang untuk semua nya.
Menu breakfast pagi tadi, dah lama teringin asal tengok waffle maker tu, nak buat lah kejab lagi.
Dok kejab lagi, kejab lagi sampai berbulan-bulan tak buat.
Hari ni kuatkan hati dan iman bancuh adunan waffle ni pepagi, dari malam dah standbye bahan supaya tak tertangguh lagi hahaha.
Ini lah hasil nya waffle green chocolate kaknoor hari ni, jom layan mata jom!!!

 


 
Bahan-bahan nya

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu minyak sayur( minyak biasa pun ok)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • topping nuttela ke peanut butter ke,kaya ke terpulang taste sendiri kaknoor guna green chocolate dtambah dengan almond slice dan chocolate warna warni
  • aiskrim, madu dan syrup apa2 pun boleh dimakan dengan waffle ni,selera ditangan sendiri ya
Cara membuatnya
  • Panaskan waffle maker
  • Pukul telur sehingga berbuih dan campurkan semua bahan2 lain dan kacaulah sehingga sebati
  • Tuangkan bancuhan waffle ke dalam waffle maker pastikan tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak,sebab kalau sedikit tak nampak pattern,tapi kalau banyak mellimpah ruah susah pulak comot jadinya,jadinya ikut arahan ada waffle maker masing2 ya
  • Buatlah sehingga habis adunan dan hidangkan dengan toping kegemaran masing2 ya ..



Masih ada satu slice ni ada yang nak angkat tangan tau!! 
Jangan marah hah..
Memang sedap waffle ni kalau di makan time panas ranggup gitu, lagipun kaknoor memang sengaja hitamkan sikit di bawah tu supaya lebih terasa rangup bila di makan.


11 comments:

  1. sedapnya kak noor buat sendiri waffle ..

    ReplyDelete
  2. Aduh kalau masuk blog kak noor.. mesti kena telan air liur laju-laju..
    Makanan yg dijamu sedap bangat di tengok tu :)

    ReplyDelete
  3. ini yang buat badan yan makin tembam :-))

    ReplyDelete
  4. wah nampak menarik waffle tu kak noor..menggoda sungguh!! :)

    ReplyDelete
  5. Sedap itu yg kakak boleh katakan KakNoor
    Dah cakap pada anak kakak kalau nak cuba resepi sedap, mucah dan cantik masuk rumah ini:)

    ReplyDelete
  6. PANDAINYA..WAFFLE HOMEMADE SEDAP SGT NI..

    ReplyDelete
  7. Ala KN ni.....okje tak de waffle makerlah ....camne nak buat? Suka gak waffle ni tp yg topping butter ngan kaya...pergh!

    ReplyDelete
  8. bestnya buat waffle sendiri..memang sedap tu..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home