Ayam Goreng Hot & Spicy Ala KFC Kak Noor

Ayam Goreng Hot & Spicy Ala KFC Kak Noor


Assalamualaikum dan salam rabu untuk semua nya.
Kaknoor doa kan semoga semua nya sihat walafiat hendaknya ya disamping apa saja tugasan.
Baik di rumah atau pun di opis.
Kalau orang rumah masa ni memang sedang sibuk memasak lah kan.
Kak Noor jugak masa ni dah santai sikit sebab rutin harian bermula dari jam 4.30 pagi tadi.
Jadi waktu ni dah agak kurang lah, banyak yang dah di bereskan 
ALHAMDULILLAH
Untuk resepi hari ni jom tengok Ayam Goreng Ala KFC Kak Noor ni., mudah je pada yang rajin ke dapur, tapi pada yang suka beli je mudah jugak dan lebih cepat takyah nak busuk-busuk kat dapur.




1 ekor ayam dipotong agak besar
dibersihkan dan tos kan.

Bahan perap
7 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan putih kisar
1 sudu kecil lada hitam kisar 
Sedikit  baking powder
Sedikit serbuk perasa dan garam

Bahan salut ayam
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut 
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam kisar
Sedikit baking powder
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan Tambahan
1 biji telur dicampurkan dengan sedikit susu segar dan kacau rata.
Minyak secukupnya 

Caranya
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.atau lebih.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas kacau rata.
3. Celup ayam ke dalam telur yang dikacau tadi.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung dan goreng lah sehingga masak.
5. Sedia untuk di hidangkan.



Ada  yang teringin tak ni?? mesti ada yang geram tengok paha tu kan!!!
Nampak tak betapa ranggup nya ayam tu kan?
Jadi jangan tunggu lama-lama untuk mencuba pasti tak menghampa kan.


52 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. ISYH...SEDAPNYA..XYAH BELI AYAM KFC...GORENG SENDIRI DGN RESEPI NOOR NI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul P skrg tkyah beli lagi buat sendiri ja lagi sedapp

      Delete
  3. sebijik mcm KFC...geram tengok drumstick!!!..ni kena deep fry, baru dapat hasil mcm ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waduh sebijik ke nohasss terangkat kaknoor ni

      Delete
    2. lupa nak jawab mmg kena deep fry nohas tak boleh sayang minyak, apa lagi kaknoor guna minyak bunga kalau masak pejam mata ja kejab utk hasil yg memuaskan

      Delete
  4. maunya tak teringin kak noor...geram tengok nya...boleh cuba resepi kak noor ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah cuba noe, kaknoor berbesar hati kalau ada yg sudi mencuba resepi ni

      Delete
  5. terus jadi lapo di buatnya hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ranggup dear ciklily sayang heheee

      Delete
  6. kruk kruk kruk...yan nyorok makan bawah meja makan..:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan dah bgtau nak nyorok ke ni hahaa kang kalau bergerak meja mmg yan punya kerja ni

      Delete
  7. sedapnya....nampak sgt rangup.....tqsm 4 sharing recipe

    ReplyDelete
  8. Sajalah Kak Noor tu tanya teringin ke tak.
    Mestilah kakak teringin sebab nampak betul-betul macam KFC tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali nak menguji keimanan adik2 kaknoor kat sini hahhaa
      boleh try tu kakzakie bukan susah sngt pun ank dgn tak nak je kan

      Delete
  9. ayam gorengggggggggggg

    bak kata upin ipinnnnn :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeee ayam goreng maktok ni juls sedapppp

      Delete
  10. Replies
    1. nasib kepsi kat brunei ni jauh dari umah kaknoor kalau tak mesti tokeh dia marah kan syida

      Delete
  11. Alaaa, KakNoor ni! Kalau gini gaya ayam goreng hot & spicy, memang kalahlah Uncle Jack. Lingkup jadinya nanti. Saya pun sebenarnya suka yang hot & spicy, barulah nikmat time makan menggelupur pedas tu :)

    Saya beli dululah kak eh, nanti kalau rajin baru saya tengok resepi kat sini nak buat kat rumah. Maklumlah mood memasak datang sebulan sekali, kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waduhhh MD bestnye kan memasak sebulan sekali je, bukana macam kaknoor memasak sehari 3x kalau sebulan dah 90 kali u adusss mesti tangan MD halus mulus gitu kan sbb jarang pegang kuali segala ni kan...

      Delete
  12. alaaahai Kak Noor suka tau godaaa macam ni..
    CT suka masak tapi kalau masak pun bertiga saja nak makan..
    kena tunggu balik kg.. baru boleh beriya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct dimaafkan dari masak ni sbb ber3 tak berbaloiii tapi kalau time rajin tu tak salah jugak mencuba kan..
      bila balik kmpong nnti tunjuklah kepakaran Ct dgn goreng ayam ni tau

      Delete
  13. wahhh..ayam gorengggggg!cicah dengan sos! memang sedap..tapi kolestrolnya agak tinggi juga kan...hihi..jom kawal kolestrol dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. su, mmg kolestrol tinggi jugak kan, kalau su dekat mmg dah order phytocol tu

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Tentulah teringin fresh from the kuali hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap kakzai lepas goreng meratah ayam ni tak sedar habis sepinggan ayam

      Delete
  16. nyum...dah lapar nengok ayam goreng ni.. ada stok ayam kat rumah, boleh lah nak cuba..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2 atie tak rugi tau mencuba resepi ni

      Delete
  17. wah nampak sedap sangat tu kak noor..dah macam ayam goreng kfc dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeyyy wana akhirnya resepi yg dah lama akak cari dah jumpa boleh try nanti

      Delete
  18. tgk gambar pun dah x blh menahan ni kak nor ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Vee, biar gambar berbicara dulu ya heheee

      Delete
  19. mak aihh..! sedapnyaaa... terliur saya kak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saja anak akak suka termasuk mak nya sekali lia, wajib cuba ni tau

      Delete
  20. oh,tmbh bwg ngn baking powder lg jdi yer..selalu buat tak berapa garing..boleh cuba ni..terima kasih kak noor berkongsi resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's why ummul kena letak baking sikit lah baru garing gitu

      Delete
  21. dulu rajin jugak buat ayam goreng kfc nih.. ..rajin kak noor .

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kaknoor yg tengin nak makan wani paksa lah mama masak kan jugak

      Delete
  22. bes ni kak nor boleh buat untuk anak2 tak yah beli kfc lagi ... halalan toyiban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum mayang tkyah nak ragu halal ke tidak bersih lagi dgn kasih sayang kita masak lagiiii sedappp

      Delete
  23. wow nampak menyelerakan betul.. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  24. fulamak klu cam gini gaya..kfc pun kalah..sedapnya..mana kentang putar n coleslow kak noor?hehe

    ReplyDelete
  25. pehaaaaaaaaa ayam!!! rasa nak gigit2

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home