Babat ~ Berubut ~ Perut ~ Tripe Beef Goreng Ranggup

Babat ~ Berubut ~ Perut ~ Tripe Beef Goreng Ranggup


Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua nya.
Pernah tak rakan-rakan blogger semua makan babat atau perut atau tripe beef di goreng??
Biasa nya kita selalu masak lemak je kan!
Tiru idea dari Masterchef Australia musim yang keberapa entah tak ingat, diaroang gorengkan tripe beef ni, jadi apa lagi sesuatu yang baru, kita belum pernah buat so kaknoor buatlah.
Memang sedap di goreng  macam ni, terasa macam makan sotong lah pulak!!




BAHAN NYA
1/4 kg babat / berubut / perut lembu
1 biji telur A
1 sudu kecil jintan putih goreng & kisar
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 biji lemon
secukupnya breadcrumbs golden gantikan dengan nestum untuk lebih rangup
secukupnya garam dan sedikit perasa
minyak untuk menggoreng
Kali ni kaknoor rebus dulu bagi lembut kemudian baru digoreng

CARANYA
1.  Babat atau berubut di bersihkan dan di potong nipis dan panjang, perap dengan sedikit lemon.
2.  Bersihkan babat dan tos dan ketepikan.
3.  Dalam bekas lain satukan jintan putih, lada hitam, kunyit, garam dan perasa dan masukkan babat.
4.  Gaul rata dan perapkan lah selama 1 jam atau lebih.
5.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, pecahkan telur dan kacau, celupkan babat didalam telur, salutkan dengan breadcrumbs golden dan goreng lah sehingga kekuningan
6.  Api hendaklah sentiasa perlahan supaya babat masak dengan rata \.
7.  Bila dah masak dan kekuningan angkat dan toskan.
8.  Buatlah sehingga habis babat dan telur jugak breadcrumbs.
9.  Boleh dimakan dengan nasi goreng atau nasi putih atau apa2 fav lah..


Zaman sekarang tak de yang pelik kan, janji kreatif je, ini pun bukan idea kaknoor tau! idea tiru jugak, sebelum ni memang tak terpikir nak gorengkan perut ni, asyik masak lomak je kan sesekali apa salah nya tukar menu pulak...



16 comments:

  1. Nampak sedap dan sesuatu yang baru kena cuba ni tq noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak baru kakzai, dari tahun lepas dah dalam masterchef australia, I ikut je idea omputih ni

      Delete
  2. Aduh-aduh-aduh... ini tak payah nasi pun sedap makan macam makan keropok ni Kak Noor.
    Ada ajelah idea Kak Noor ni. Kakak tak pernah terfikir pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg macam makan keropok kakzakie sbb ia nya sangat rangup bila kita letak nestum kat luar tu,,

      Delete
  3. Menarik idea hidangan ni. Nanti nak cubalah, Kak Noor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try farrah, sekali buat mesti dok ingt nak buat lagi dan lagi

      Delete
  4. Asalamualaikum kak noor..selamat hari guru..terima kasih atas ilmu masakan ;-))

    Pertama kali tahu babat leh wat masak macam ni...biasa yan masak lemak dengan rendang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam yan, temakasih kembali yan, ilmu yg sedikit cuma yan
      alhamdulillah apa yug kaknoor tau sedikit2 dis ebarkan disini

      Delete
  5. suka sate dan kerabu perut..belum pernah tengok perut digoreng mcm ni...rasa mcm sotong...sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nyaliat2 gitu nohas tapi kalau dah garing sangat krup krap kalah sotong lagi tau hehee

      Delete
  6. Replies
    1. kongsi2 P yg baru dan lama disini ilmu yg tak sberapa..

      Delete
  7. nampak sedap dan rangup sgt ni.. sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah nestum tu lebih rangup insya allah boleh try, u kan rajin mencuba boleh lah try lepas ni

      Delete
  8. waduh...mmg x pernah mkn yg bergoreng mcm ni...biasa masak lemak ..idok pun buat kerabu....ni resipi baru nih...nk try lah

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home