Cucur Kacang Hijau Yang Ranggup

Cucur Kacang Hijau Yang Ranggup



Assalamualaikum dan salam kamis untuk semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi cucur kacang yang ranggup untuk adik-adik semua yang suka kan kuih muih untuk sarapan.  
Jom tengok resepi ya..



Bahan nya
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 cawan gula nak kurang atau lebih terpulang lah
  • 1 secubit garam
  • Tepung gandum secukup nya
  • Air secukupnya untuk merebus kacang sehingga lembut
Cara nya
  1. Kacang hijau dicuci dan direndam 1/2 ke 1 jam tujuan supaya merebus tak lama sangat save gas kita sikit.kemudian rebus sehingga kembang.
  2. Bila kacang dah lembut masukkan gula dan garam.
  3. Masaklah sehingga kacang tu kering dengan api yang perlahan.
  4. Bila dah kering masukkan sedikit tepung gandum dan kacau rata. tujuannya supaya senang membentuk kuih kacang nanti tak pecah.
  5. Biarkan sejuk dan bentuk lah ikut besar yang di kehendaki sehingga habis adunan.

Bahan untuk batter

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 secubit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 cawan air sejuk dari petiais
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Minyak untuk menggoreng
Cara nya
  1. Blender semua bahan-bahan batter kecuali minyak. Kita akan dapat adunan yang pekat dan likat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan kacang yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan batter dan gorenglah sehingga kuning

Kalau ada lebihan batter tu jangan di buang,  hanya percikkan di minyak yang panas tu,  adunan ni bila di goreng ianya akan ranggup krup krap, tapi kalau habis adunan batter tu tak payah lah nak buat baru ya, ni kes tak mau membazir, bila di goreng memang akan hahis, kalau kat umah kaknoor adunan tepung ni yang habis dulu daripada kuih kacang tu percaya tak??


22 comments:

  1. Nampak sungguh rangupnya tu kaknoor...
    Sedapnya kuih kacang hijau ni.. saya suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ranggup yatie, tulah yg buat tepung tu yg habis dulu tu

      Delete
  2. senang resepi ni.. nak try la... tak sabarnya... tq kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat senang je pun alene, nboleh try anytime lah kan

      Delete
  3. sedap kueh ni..kalau ada durian lgi sedap kak....wangi je kalau goreng :-))

    ReplyDelete
  4. TERINGIN PULA NK MAKN..NK SEKETOI NOOR...

    ReplyDelete
  5. mak selalu buat dulu..sekarang bila anak2 jauh, jarang dah..blik pn xsempat, macam2 nak makan..ngee.. alamak rindu plak

    ReplyDelete
  6. Assalam. Sedapnya...feveret ni..

    Salam singgah

    ReplyDelete
  7. macam kuih kasturi atau kuih kacang.. suka kuih ni

    ReplyDelete
  8. Kak Noor, mcm kuih kasturi kalau di tempat saya..kalau mak buat, dicampurkan jugak kelapa parut dalam adunan kacang hijau tu, bagi lebih lemak manis... ;-) dan sy pun suka yang digoreng garing tepung salutnya... sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. disini anak2 tak suka kelapa jadi nya akak tak letak lah, ikut majoriti kan, tapi dulu2 mmg letak kelapa sikit sbb dulu2 kita makan je apa yg mak kita masak kan

      Delete
  9. kak noor...ini kuih yg paling sy suka....rasa lapar bila tgk kuih nihhhhhhhh...sedapnyerrrr

    ReplyDelete
  10. wah menariknya nampak salutan batter rangup tu...senang je nampak caranya,kalau goreng pisang sesuai ke pakai batter macam ni kak noor?

    ReplyDelete
  11. Oh... ini kuih feveret bapak kakak tau KakNoor.
    Keluarga kakak panggil kuih kasturi walaupun wanginya bukan bau haruman kasturi:)

    ReplyDelete
  12. Salam kunjung, terima kasih kak Noor share resepi ni, suami saya bawa balik satu bag kacang hijau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah buat cucur ni esuk lusa Eyra banyak tu, boleh frozenkan jugak ni kalau banyak snagat

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home