Homemade Ice-Cream Kiwi & Laici

Homemade Ice-Cream Kiwi & Laici


Selamat petang untuk semua nya.
Cuaca yang panas macam ni jom kita minum atau gigit yang sejuk-sejuk ni.
Homemade aiskrim sangat mudah nak buat.
Hanya potong buah apa yang ada kat umah, seelok nya kalau nak cantik letak lah buah yang berwarna warni, jadi aiskrimnya akan cantik menarik minat pada yang nak mkan nanti.

 


Bahan nya
Buah kiwi dan laici di potong kecil ( nak cantik letak strawberry, kiwi dan blueberry )
Biasa lah bila kita nak buat sesuatu dessert omputih strawberry di cari memang takde
Kalau ada acuan aiskrim lagi best lah, tapi kaknoor takde letak dlm cup kertas dan stick aiskrim je
Guna lah jus apa saja yang kita suka, disini kaknoor guna oren jus dan apple jus

Caranya
1.  Susun buah yg telah di potong dalam acuan ikut kreativiti sendiri
2.  Tuangkan jus sampai memenuhi acuan.
3.   Letakkan stick aiskrim di tengah-tengah dan sejukkan dalam frezer sampai beku.
4.  Keluarkan dah boleh nikmati aiskrim homemade kita bersih dan ikut selera sendiri lagi kan...




Lagipun buah yg kita guna fresh dan semestinya aiskrim pun sedap lah kan.  Elok nya buat malam biar aiskrim membeku semalaman esuk nya baru nikmati aiskrim ni, esuk lusa bila ada stok strawberry boleh try lagi, sebab bila ada buah yg merah-merah ni lebih menarik..

6 comments:

  1. aiskrim kalau dlm cuaca panas cepat jer hbs tambah ada buah2an yg sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Nice... hihi... sy pun ada buat.
    jauh beli bekas aiskrim sampai ke daiso kt jepun ...
    padahal daiso malaysia pun ada jual cuma asik kehabisan stock.
    hihi

    ReplyDelete
  3. Jus pe2 pon boleh yea kak nor

    ReplyDelete
  4. kalau taruk nata de coco sedap nih..

    ReplyDelete
  5. ohh...mcm tu je kak noor...kalau JM try masuk dalam cawan plastik..mcm mana nanti nk kluarkan dari cawan tu

    ReplyDelete
  6. mmg mudah noor
    nti nor nak buat juga...
    tqvm darling noor...muah..muah

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home