Kari Hijau Ala Thailand

Kari Hijau Ala Thailand

 ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi semua nya ya..
Dah boring masak merah-merah hari ni kita masak hijau pulak.
Disini semua nya kaknoor gunakan yang hijau-hijau belaka.
Resepinya mudah sangat..




 Bahan nya
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil disini kaknoor guna dada ayam je
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 batang serai *
  • 10 biji cili padi hijau *
  • 5 biji cili besar hijau *
  • 1 sudu ketumbar *
  • secukupnya daun ketumbar dan daun selasih *
  • secukupnya daun limau purut *
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Minyak untuk menumis
  • garam dan gula
  • tomato ceri dan bawang besar utk hiasan
Cara membuatnya
  • Kisar semua bahan2 yang bertanda * sehingga halus
  • Panaskan sedikit minyak dan masukan bahan kisar dan kacau sehingga layu dan wangi, biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukan ayam dan biarkan sebati dengan adunan rempah tadi,kalau perlu tambah sedikit air,bila ayam dah separuh masak masukan pati santan, asam keping,garam dan gula dan renihkan biarkan ia pecah minyak lagi sekali
  • Ikut kesukaan masing kalau mau berkuah boleh lah ditambah santan nya atau air pun ok jugak
  • Rasa lah masam masin dan manis nya dah puas hati boleh lah di angkat dan hidangkan bersama dengan nasi atau roti....


 Untuk ibu-ibu tu, masak apa agaknya hari ni ya..
Kalau belum ada menu boleh lah try ayam hijau ni
Ada lah kelainan sikit dengan rasa daun limau purut dan daun selasih tu..
Insya ALLAH mesti sedap ni..

34 comments:

  1. asalamualaikum kak....sedap nie
    ..kalau mak yan masak memang yan ratah ajelah jawan nya...:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggup ke yan meratah yang pedas ni yan??

      Delete
  2. Betul la kak norr boring dah masak merah2 hii ...rasa dah lama x buat kari hijau ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak hijau ni sesekali boleh wani tapi kalau selalu budak2 ni suka yg merah lebih dari yg hijau

      Delete
  3. sedapnya kak noor...saya mmg pernah jugak masak kari hijau ala2 thai ni...anak2 suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap wangi macam2 daun kat dlm kari hijau ni ada lah kelainan sikit kan

      Delete
  4. Huhuhu...sampai hati akak.... Meleleh air liur saya belum masa lunch lagi nih!

    Yang ni tengok pun dah sedap memang nak juga mencuba rasanya, KakNoor. Rumah saya kalau menu ayam ni memang tak tolak walaupun tak semua mereka suka, ayamnya tetap dimakan :)

    Saya save dulu resepi yerk. Nanti nak buat senang. Tapikan panjang pulak bahan-bahannya. Jenuh nak pi shopping kat supermarket *alasanmalasmasaklahtu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo MD, bawak bersabar lah ya, nak suruh masak pun MD kan masuk dapur sebulan sekali je kan, hari ni baru 20hb ni kan hahaa, kena suruh gi cari kat restoren lah, amik dulu lah resepi nya simpan biar banyak2, kaknoor syorkan suatu hari MD cuti kerja dan masak 4x sehari tusemua nya resepi dari blog kaknoor boleh!!!!!!!!!!!!!! tkde banyak alasan tau....hahaha jgn marah adinda MD ya perut kenyang ni macam2 je keluar dalam tulisan ni

      Delete
    2. KakNoor, ni cabaran ke apa? Nak juga tau apa hadiahnya. Kalau dapat makanan masak sendiri by Chef tersohor KakNoor ni, sangguplah kuterima cabaran nih. Hahaha....

      Yalah, yalah...saya tengah mengumpul resepi ni. Nak pilih yang senang-senang jerk walaupun katanya masak sebulan sekali :)

      Delete
  5. assalamualaikum noor
    aduh sgt menyelerakan..
    msa kerja dgn org thai..merasa juga ni...lma tak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam Nor, boleh try sesekali memang sedap makan yg jarang kita makan ni kan, apa lagi kalau masak sendiri mmg best ni Nor

      Delete
  6. nmpk sedap kak noor..tak pernah lg msk nihh...boleh cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib cuba ni UA sekali try mesti nak cuba lagi
      cari kelainan dalam masakan insya allah
      sedap ni

      Delete
  7. Replies
    1. yes adda daripada kari yg merah2 je kan

      Delete
  8. Kak Noor, pecaya tak saya tak pernah masak kari hijau?... sebab saya rasa mcm tak selera tengok kari kaler hijau huhuhu... Tapi bila tengok bahan2 tu mcm ladzzaatt je... tambah2 sbb ada cili api. Macam nak try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kenal maka tak cinta Nin,
      U mesti try tau lagipun masakan ni wangiiiiiiii
      dgn segala daun kat dalam tu, yg pasti masakkan ni pedasss giler kalau kita suka
      letak cilipadi hijau banyak2 tau

      Delete
  9. salam kak noor...nampak sedap laa lauk ni...putri nak cuba laa bila sempat nanti...^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai PU3 sila lah adinda Put3
      insya allah tak menghampakan

      Delete
  10. belum pernah cuba lagi kari hijau...pedas ke kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau versi akak mmg pedas ni nohas sbb kalau tak pedas mmg tak kick lah
      masakan kari hijau ni

      Delete
  11. Kak zai pernah masak ni noor anak2 makan dengan roti. Kalau kak zai makan dengan nasi ajelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama kakzai, nasi tak boleh tinggal, kalau anak2 mmg roti pun jalan je sehari tak makan nasik pun ok je,
      tapi kalau saya memang tak boleh tambahan makan dgn kari hijau ni
      mesti ada nasik jugak

      Delete
  12. Kak zai pernah masak ni noor anak2 makan dengan roti. Kalau kak zai makan dengan nasi ajelah.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. betul Vee akak pun suka selasih wnagi sangattt

      Delete
  14. sedap ni kak... makan dengan pulut pun best nihhh~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. esuk2 buat lagi mesti nak makan dengan pulut pulak haha kan

      Delete
  15. Terliur-liur tengok kari ni.
    Memang kena cuba juga suatu hari.

    ReplyDelete
  16. mudah dan cepat kerana semua bahan tu blender sekali eh

    ReplyDelete
  17. tak pernah makan lagi kari hijau nih..

    ReplyDelete
  18. Kari hijau ni lagi pedas lagi terangkat! Kak Noor kalau tak pakai lengkuas, rasa-rasa hilang tak taring kari hijau ni?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home