Kudapan Malam Mangga & Garam Belacan

Kudapan Malam Mangga & Garam Belacan




Assalamualaikum dan salam santai malam untuk semua.
Baru lepas dinner ni yang simple dimple je, lepas tu jom kita menyicah mangga muda pulak. 
Sekarang ni kan musim mangga disana sini, jadi tak ketinggalan mangga kat umah kaknoor ni pun berbuah, walaupun masih baru lagi, sampai tak sempat nak besau dah ambik untuk menyicah.
Sambal ni kaknoor buat sendiri je lebih sedap dan citarasa sendiri lagi.




Kalau ikut cara kaknoor, hanya tumbuk beberapa biji cili padi bersama belacan, sedikit garam dan gula, dah hancur semua nya tambahkan dengan kicap manis. Gaul rata, kalau ada kacang atau badam boleh letakkan kat dalam garam belacan ni.

Itu pun kalau rajin nak tumbuk lah, kalau tak pun beli je yang segera kan banyak di pasaran, tapi awas gst mengekori anda dimana saja berada hahaa



Sambil menonton tv sedap jugak ni buat kudapan kan...
Jangan ada yang menjejes air lior dah lah..

9 comments:

  1. Wah, toy angsa untuk baking-baking yang Kak Noor beli masa di UK baru ni dah diguna :)

    ReplyDelete
  2. walaupun dah makn mangga ..tapi tetap kecur air liur .. :-))

    ReplyDelete
  3. terliur lagi bila masuk blog kak Noor. Mintakkk...hihihii

    ReplyDelete
  4. Kecur liur nengok gbr ni kak noor...hehehe

    ReplyDelete
  5. kita nak itik tu...hihi mlm siang pun fev ni

    ReplyDelete
  6. kat umah buat jeruk mangga yang ada..

    ReplyDelete
  7. mangga tengah musim sekarang kan...kt kawasan perumahan saya memang bergayut-gayut lebat kat pokok,mcm-mcm cara mkan mangga muda ni...buat jeruk,kerabu mangga,campur dalam gulai ikan...tp pling sedap mkn dgn pencicah mcm ni,memang best apalagi bila makan ramai-ramai

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home