Macaron Ice-Cream Sandwiches Sedap & Mantop

Macaron Ice-Cream Sandwiches Sedap & Mantop


Hari ni hari manis manis manis..
Teringin lah pulak nak makan macaron ice cream sandwiches, bila dah ada lebihan macaron yang belum berfilling tu, boleh lah buat macam ni.  Hanya masukan ice-cream je apa-apa perisa pun tak kisah janji happy je..

Kalau ada yang rajin nak buat macaron sendiri di bawah kaknoor letakkan resepi nya, boleh lah merajinkan diri ya, lepas tu takyah letak filling, hanya letak ice cream ni sedappp you...







Macaron

Bahan-bahanya
80 gm putih telur ( lebihkurang 2 biji telur gred A )
65 gm gula kastor
80 gm serbuk almond
140 gm gula icing
Pewarna kegemaran

Cara membuatnya

1.    Satukan serbuk almond dan gula icing kemudian ayak dan ketepikan.
2.    Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukan gula kastor sedikit demi sedikit, putar hingga adunan kental dan bertanduk.
3.    Untuk testing terbalikkan mangkuk kalau adunan tak jatuh bermakna dah cukup kental dan perlu berhenti pukul.
4.  Masukan 1/4 daripada campuran serbuk almond dan gula icing kedalam adunan telur, kaup balikkan dengan menggunakan spatula.
5.    Buatlah sehingga habis campuran almond dan gula icing, kemudian boleh lah di letakkan warna kegemaran.
6.    Kemudian masukan adunan dalam piping bag.
7.    Buatkan lubang di hujungnya dan picitkan diatas bulatan kertas minyak yang disediakan, atau kalau dah ada mould macaroon ni boleh picitkan terus sehingga habis adunan di atas mould tadi.
8.    Rehatkan macaroon selama 30 – 40 minit supaya kering bahagian atas dan tak melekat di jari bila di sentuh.
9.    Panaskan oven 150’C bakarlah macaroon selama 15 – 20 minit.
10.    Sejukan dan letakkan ganache kegemaran.



 Lepas letakkan aiskrim kaknoor masuk semula dalam frezer nak bagi keras sikit, lepas tu baru lah boleh santap dalam sejuk-sejuk tu waduh....



Pelbagaikan cara kita menggunakan  macaron ni, tak semestinya dengan filling nya saja kan, ini sebenarnya filling dah habis teringin yang manis-manis maka jadi lah
Macaron Ice Cream Sandwiches


21 comments:

  1. wah semuanya manis2 hari nie.... :-))

    ReplyDelete
  2. apasal manis2 ni..
    kurangkan manis dlm makanan lebihkan manis dlm senyuman..
    hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 je syida manis manis, biasa nya pedas pedas hehehee

      Delete
  3. comel je kuih2 tu sayang nk makan he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Ct dah kuar masuk frezer akhirnya kena makan jugak ni

      Delete
  4. cerianyeee warnanyeeee...hehehehe..eskrim....adehhh....nak mkn eskrim huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiskrim macaron lebih ummphh deanna jom tryy

      Delete
  5. nak yang warna kuning...sangat sedap agaknya klau guna ice cream durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna kuning aiskrim jagung tu diana hehee sedapp i likeee

      Delete
  6. comelnya! terima kasih utk resipi ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah resepi nya menjadi Mazni tapi kena praktis selalu lah baru lebih puas hati

      Delete
  7. assalam kak noor,tengok warna macaron yang mencerlah tu pun dah nampak sedap apatah lagi dengan ice-cream...yummy

    ReplyDelete
  8. Nyampah tau KN ni....suka buat org menahan napsu kalerpul memalam ni....
    Senang jer buatnya yek KN....Ceh mcm konfiden jer boleh buat hihi....Tak pe....nak cari mould dulu....nanti dah buat nak tayang ngan KN hihi

    ReplyDelete
  9. Meleleh lah tengok nasib baik tak preganant. Naya hubby nak mencari.

    ReplyDelete
  10. SS tak leh makan manis2 buat masa ni... Huh! Sedeyyyyy!

    ReplyDelete
  11. saya suka tgk gambar2 kat sini..cantik2..bikin kecur..

    ReplyDelete
  12. Ok..nnti sy nk try letak aiskrim...msti sdap ni...

    ReplyDelete
  13. Amboi sedapnya..
    Macaron tu dah lembut gebu comel, tambah dok ngan aiskrim plak, lagi la bertambah sedap

    ReplyDelete
  14. sedapnye k.noor..bleh tempah ni klau malas2 buat ni..hihihi...

    ReplyDelete
  15. menarik maaron letak aiskrim.. mesti sejuk dan manis nih..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home