My Fruit Tart Yang Terlajak Sedap

My Fruit Tart Yang Terlajak Sedap


 Salam magrib untuk semua nya .
Petang ni kaknoor nak kongsikan dessert yang sedap menepati citarasa kaknoor.
Buah strawberry yang di cari dah jumpa jadi memang nak buat macam-macam dengan strawberry ni kalau tak kena makan oleh anak-anak haha.
Salah satu nya ada lah fruit tart ni, mesti ramai yang teruja tengok kan, banyak kan bersabar ya hahaha..

Yang rajin tu boleh try resepi  ada dah kat bawah ni ya.



Kulit Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan 




RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani
Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
  • *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Buahnya terpulang lah nak letak apa saja, pilihan di tangan sendiri. kaknoor memang suka strawberry ni jadi pilihan utama lah, deco pun terpulang lah, kebetulan ada lebihan macaron kat umah jadi kaknoor just letak saja biar dia berdiri megah kat celah blueberry tu, memang sedap sangat tart ni tak percaya!!!!!!!!!!!!
Kena buat sendiri lah ya..


25 comments:

  1. Ya Allah kak nor... tgk gambar pun tahu sedapnyer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap sngt sheila yg pasti tak cukup satu mesti bermula dgn 3 ooooo

      Delete
  2. Mak aiih k.noor..tangkap nangess wehh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheehehe nangesss ni yg tak tahan ni doc Ina hehee

      Delete
  3. assalam kak noor
    nak satu kak heeeehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam mamasara
      dua tiga pun boleh kalau dekat kan

      Delete
  4. Hhmmm..kena tunggu kerajinan ni kak noor.tq resepi

    ReplyDelete
  5. tak susah pun cheqda kalau macam cheqda selalu buat kek tu kacang lah ni

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum kak noor...belum pernah rasa filing custard..biasa rasa filling chese...leh try ni...tapi rasa tepung custard tu kuat tak kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam yan, custart lebih sedap ni yan, kena try tau
      tak lah kuat rasa cutart tu biasa je pun sbb sikit je letak kan

      Delete
  7. Wan k.noor thanks sudi kongsi. Inti kastard tanpa telur.. X de telur ni ok tak tekstur nya tu!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ok wani, sangat ok bagi kaknoor lah, sebenarnya ni filling krimpuff yg tanpa telur, lembut tekstur nya pokoknya sedap lah

      Delete
  8. dapnyeee kak nooriahnaim..rajin akak masak kan...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak makan aishah kena rajin lah hehee kan

      Delete
  9. Telan air liur laju2 tengok fruits tart kak noor... emmm dapnyaa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. confirm sedap ni yatie boleh try suatu hari..

      Delete
  10. ini klu hero sy nampak kompom mintak..hehe lagipun dia hantu strawberry..:)

    ReplyDelete
  11. senang nmpk resepinya..bolehlah cuba nnti.

    ReplyDelete
  12. Kalau KakNoor kata 'tak percaya? Nanti KakNoor poskan setengah dozen...' haruslah saya nak ngaku tak percaya :)

    Mak hai... lap-lap air liur ni jangan sampai bos nampak. Saya suka tart. Saya suka strawberry dan segala berries. Alamak....takkan nak save lagi resepi nih. Mana satu yang senang nak buat dulu ni yerk.....

    ReplyDelete
  13. tgn noor mmg berseni msk apa pun menjadi..gambar juga mainkan peranan yg penting tuh..tahniah

    ReplyDelete
  14. kak nooooorrrr...kalau la dekat mesti kita la org yg tak malu tu bertandang umah akak nak rasa kesedapan yg terlajak sedap ni

    ReplyDelete
  15. nanges...
    hihihih.... sedap nya kak....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum

    sangat menggoda daku

    ReplyDelete
  17. woowww TAJUK!!!! mmg betul2 TERLAJAK sedap ni...tgk pun dh tahu

    ReplyDelete
  18. alahaiii kak noor.. terliur sudah. camni kena rajin..rajinkan diri ni

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home